Wednesday, 30 July 2014

Arokam tersungkor depan pintu syurga

Saya hampir kaku & 'blur'
masa memula nak tulis ulasan
tentang buku ni.
Bukan sebab 'boring' tapi sebab
tak tau nak mula dari mana.
Setiap ayat dalam buku ni adalah fakta!
Susah nak jumpa ayat yang bunga-bunga.
Itu pasal buku ini dilabel sebagai
"World class investigative & adventurous"
oleh Majalah Al-Islam (Ogos'98).
Bahkan penulis terkenal
Sayuti Omar menyifatkan,
-
"Buku ini antara buku-buku terbaik
mengenai sejarah suka duka Al-Arqam".

Buku ini pertama kali saya baca
pada 1998 & sebabkan saya dah
'jatuh cinta' padanya,
saya dah baca berulangkali.
-

Cuma saje nak tanya,
anda ingat lagi tak kat Al-Arqam?

Kira-kira 20 tahun yg lepas,
majoriti orang Melayu langsung
tak kisah untuk ada ekonomi sendiri.
Tapi Al-Arqam adalah pencetus
empayar ekonomi Melayu
yang berlandaskan ciri-ciri keislaman.
Mereka ada klinik sendiri,
rangkaian kedai runcit sendiri,
kedai jahit sendiri,
restoran sendiri,
perkampungan Islam,
perkhidmatan van jenazah,
tadika & sekolah Islam,
projek pertanian,
penternakan,
pengiklanan & program-program ceramah
kat sekolah-sekolah & masjid-masjid.
-

-


-
Jadi apa pendapat anda
bila kerajaan haramkan Al-Arqam
pada tahun 1994 dulu?
Ramai yang anggap isu Al-Arqam ni
sebenarnya isu politik sebab
Dr.Mahathir ketika itu kononnya
takut pengaruh Al-Arqam berkembang
lalu Al-Arqam dizalimi.
Tapi ada juga yang kata,
Al-Arqam diharamkan sebab
aqidah mereka dah terpesong.
Tapi kalau betul terpesong,
kenapa ia dibiarkan berakar umbi
sampai 26 tahun?
(sejak ditubuhkan pada 1968).
Kenapa dari awal lagi tak diharamkan?Pertanyaan demi pertanyaan yang
saya sendiri susah nak jawab.
Sampaila saya selesai baca buku ni,
baru rasa lega sebab
suma persoalan terjawab satu persatu.
-
Buku ini ditulis oleh
Saudara Zabidi Mohamed,
bekas orang kanan Al-Arqam sendiri.
Dulu beliau adalah
Penasihat Undang-Undang (2) Al-Arqam.
Disebabkan beliau adalah bekas majistret,(Penolong Penasihat Undang-undang Kelantan) maka buku ini penuh dengan
fakta benar & bukti sahih.
Beliau tak tulis berdasarkan
maklumat 'hearsay'
(maksudnya tak berdasarkan cerita
dari cakap-cakap orang).
Semua maklumat berbentuk
'direct physical evidence'
'first information report'
yang beliau kumpul hasil
pengalaman sendiri yang terlibat
secara langsung selama berbelas tahun
dalam Jemaah Al-Arqam hingga akhirnya disumbat kedalam tahanan I.S.A.
Kata beliau,
-
"Al-Arqam hembuskan nafas terakhirnya
diriba saya.
Maka sebab itu saya mahu
bertanggungjawab dunia akhirat
atas setiap perkataan
& nokhtah dalam buku ini."
-
-
Cerita dalam buku ni bergerak
ikut kisah benar detik-detik
kejatuhan Al-Arqam.
Mula-mula kita akan dibawa
memasuki zaman 'peperangan risalah'
antara Al-Arqam & Pusat Islam.
Masing-masing tak nak mengalah
malah kedua-dua pihak 'cedera parah'
tanpa ada usaha 'gencatan senjata'
hingga buatkan masyarakat jadi keliru
nak nilai siapa yang benar &
siapa yang salah.
-
Kemudian kita akan dibawa pula
menyelami konspirasi terbesar
& terhebat antara Polis Thailand
& Polis Malaysia dalam usaha menangkap
& bawa balik Ustaz Asaari ke Malaysia.
Bahagian ni saya paling suka
sebab terasa macam berada
dalam situasi cerita ini sebab
mmm...anda kena baca sendiri ya...
-

-
-
 
 
Anda nak rasa 'kenikmatan' hidup
sebagai tahanan I.S.A?
Saudara Zabidi akan menceritakannya.
Dari berus gigi kontot
(dipatahkan batangnya hingga
tinggal separuh),
seluar tahanan yang takde getah
(anytime boleh terlondeh)
sampailah kisah dibawa
ke bilik soal-siasat untuk
disoal 'siat-siat'
dari 9.00 pagi & hanya dihantar balik
ke sel bila hampir nak subuh.
Kemudian tepat 9.00 pagi,
kena panggil semula
& disoal 'siat-siat' sampai subuh.
Begitulah hari-hari berlalu.
-
Dan yang paling best,
anda ingat lagi tak pengakuan 'insaf'
beramai-ramai ahli Al-Arqam
kat Masjid Negara yang disiarkan
diseluruh negara pada tahun 1994 dulu?
(masa tu saya form 4)
Dan anda tau tak yang sebenarnya
mereka tu semua berlakon?
Anda tak percaya?
Penulis buku ni sendiri yang dedahkan
sebab beliau adalah salah seorang
pelakon terhebat masa kejadian tu..
-



-
Mmm...macamana kesudahan cerita
Al-Arqam ini?
Nampaknya anda kena bacanya sendiri.
Pada saya buku ini sungguh 'detail' penceritaannya ditambah dengan
gambar-gambar yang banyak,
benar-benar mengejutkan saya.
-
Bagi penulis buku ini,
buka pekung didada sendiri
tak bermakna kita hina.
Malah mengaku salah dalam keadaan
kita memang benar-benar bersalah
& minta maaf atas kesalahan kita,
memang dituntut oleh Islam.
Lalu buku ini ditulis
agar masyarakat boleh ambik iktibar
& terdidik agar generasi akan datang
tak ulanginya lagi.
Jadi kalau ada orang tanya
-
"Salah ke Arqam ni?"
jawapan saya,
"Anda baca & anda nilai sendiri".
-
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment