Wednesday, 30 July 2014

Mencari simpati Al Arqam setelah gagal meraih simpati

Rupanya dalam sibuk meletakkan hukum mengkafirkan umat Islam sendiri, ahli Pas ni juga menjalankan kerja bawah tanahnya untuk meraih simpati dari pelbagai pertubuhan menggunakan nama Islam. Bijak ke bangang diorang ni? Dah kafirkan semua orang disekeliling diorang, dengan muka tak malunya boleh pergi mintak tolong untuk sokong parti sendiri.


Tahun lepas Pas ada buat kunjungan hormat ke Khilafah Centre di Bangi, diorang cakap Pas dan Hizbut Tahrir bergerak dalam satu parti. Siap mintak Hizbut Tahrir undi Pas lagi tu. Tapi silaplah sebab Hizbut Tahrir memang takkan undi dalam demokrasi. Maka pulanglah Pas dengan muka kecewa masam mencuka bila kena tamparan hebat dari Hizbut Tahrir.

Kini Pas telah melihat kesatuan Aurad muhammadiah sebagai satu lagi platform Islam. Apa itu Aurad Muhammadiah? Itulah Al Arqam atau kita sebut kini dengan nama global ikhwan. Pas tahu status Global Ikhwan, tapi disebabkan bernafsu sangat nak menang .... Semua tu ditolak ketepi.

Malangnya bila diorang semua kantoi apabila serbuan dibuat keatas mereka. Sayang sekali bila media dah tahu, memang pecah lobanglah gerakan bawah tanah mereka. Kita kena sedar, bahawa Pas tidak akan mengiktiraf kita sebagai orang Islam selagi tak isi borang kealian Pas. 

Apa beza mereka dengan yahudi dan nasrani? Tak ada bezanya.. Sebab yahudi nasrani tidak akan redha dengan orang Islam selagi tidak mengikut jalan mereka. Pas pula? Fikirlah wahai pembaca....



Arokam tersungkor depan pintu syurga

Saya hampir kaku & 'blur'
masa memula nak tulis ulasan
tentang buku ni.
Bukan sebab 'boring' tapi sebab
tak tau nak mula dari mana.
Setiap ayat dalam buku ni adalah fakta!
Susah nak jumpa ayat yang bunga-bunga.
Itu pasal buku ini dilabel sebagai
"World class investigative & adventurous"
oleh Majalah Al-Islam (Ogos'98).
Bahkan penulis terkenal
Sayuti Omar menyifatkan,
-
"Buku ini antara buku-buku terbaik
mengenai sejarah suka duka Al-Arqam".

Buku ini pertama kali saya baca
pada 1998 & sebabkan saya dah
'jatuh cinta' padanya,
saya dah baca berulangkali.
-

Cuma saje nak tanya,
anda ingat lagi tak kat Al-Arqam?

Kira-kira 20 tahun yg lepas,
majoriti orang Melayu langsung
tak kisah untuk ada ekonomi sendiri.
Tapi Al-Arqam adalah pencetus
empayar ekonomi Melayu
yang berlandaskan ciri-ciri keislaman.
Mereka ada klinik sendiri,
rangkaian kedai runcit sendiri,
kedai jahit sendiri,
restoran sendiri,
perkampungan Islam,
perkhidmatan van jenazah,
tadika & sekolah Islam,
projek pertanian,
penternakan,
pengiklanan & program-program ceramah
kat sekolah-sekolah & masjid-masjid.
-

-


-
Jadi apa pendapat anda
bila kerajaan haramkan Al-Arqam
pada tahun 1994 dulu?
Ramai yang anggap isu Al-Arqam ni
sebenarnya isu politik sebab
Dr.Mahathir ketika itu kononnya
takut pengaruh Al-Arqam berkembang
lalu Al-Arqam dizalimi.
Tapi ada juga yang kata,
Al-Arqam diharamkan sebab
aqidah mereka dah terpesong.
Tapi kalau betul terpesong,
kenapa ia dibiarkan berakar umbi
sampai 26 tahun?
(sejak ditubuhkan pada 1968).
Kenapa dari awal lagi tak diharamkan?Pertanyaan demi pertanyaan yang
saya sendiri susah nak jawab.
Sampaila saya selesai baca buku ni,
baru rasa lega sebab
suma persoalan terjawab satu persatu.
-
Buku ini ditulis oleh
Saudara Zabidi Mohamed,
bekas orang kanan Al-Arqam sendiri.
Dulu beliau adalah
Penasihat Undang-Undang (2) Al-Arqam.
Disebabkan beliau adalah bekas majistret,(Penolong Penasihat Undang-undang Kelantan) maka buku ini penuh dengan
fakta benar & bukti sahih.
Beliau tak tulis berdasarkan
maklumat 'hearsay'
(maksudnya tak berdasarkan cerita
dari cakap-cakap orang).
Semua maklumat berbentuk
'direct physical evidence'
'first information report'
yang beliau kumpul hasil
pengalaman sendiri yang terlibat
secara langsung selama berbelas tahun
dalam Jemaah Al-Arqam hingga akhirnya disumbat kedalam tahanan I.S.A.
Kata beliau,
-
"Al-Arqam hembuskan nafas terakhirnya
diriba saya.
Maka sebab itu saya mahu
bertanggungjawab dunia akhirat
atas setiap perkataan
& nokhtah dalam buku ini."
-
-
Cerita dalam buku ni bergerak
ikut kisah benar detik-detik
kejatuhan Al-Arqam.
Mula-mula kita akan dibawa
memasuki zaman 'peperangan risalah'
antara Al-Arqam & Pusat Islam.
Masing-masing tak nak mengalah
malah kedua-dua pihak 'cedera parah'
tanpa ada usaha 'gencatan senjata'
hingga buatkan masyarakat jadi keliru
nak nilai siapa yang benar &
siapa yang salah.
-
Kemudian kita akan dibawa pula
menyelami konspirasi terbesar
& terhebat antara Polis Thailand
& Polis Malaysia dalam usaha menangkap
& bawa balik Ustaz Asaari ke Malaysia.
Bahagian ni saya paling suka
sebab terasa macam berada
dalam situasi cerita ini sebab
mmm...anda kena baca sendiri ya...
-

-
-
 
 
Anda nak rasa 'kenikmatan' hidup
sebagai tahanan I.S.A?
Saudara Zabidi akan menceritakannya.
Dari berus gigi kontot
(dipatahkan batangnya hingga
tinggal separuh),
seluar tahanan yang takde getah
(anytime boleh terlondeh)
sampailah kisah dibawa
ke bilik soal-siasat untuk
disoal 'siat-siat'
dari 9.00 pagi & hanya dihantar balik
ke sel bila hampir nak subuh.
Kemudian tepat 9.00 pagi,
kena panggil semula
& disoal 'siat-siat' sampai subuh.
Begitulah hari-hari berlalu.
-
Dan yang paling best,
anda ingat lagi tak pengakuan 'insaf'
beramai-ramai ahli Al-Arqam
kat Masjid Negara yang disiarkan
diseluruh negara pada tahun 1994 dulu?
(masa tu saya form 4)
Dan anda tau tak yang sebenarnya
mereka tu semua berlakon?
Anda tak percaya?
Penulis buku ni sendiri yang dedahkan
sebab beliau adalah salah seorang
pelakon terhebat masa kejadian tu..
-



-
Mmm...macamana kesudahan cerita
Al-Arqam ini?
Nampaknya anda kena bacanya sendiri.
Pada saya buku ini sungguh 'detail' penceritaannya ditambah dengan
gambar-gambar yang banyak,
benar-benar mengejutkan saya.
-
Bagi penulis buku ini,
buka pekung didada sendiri
tak bermakna kita hina.
Malah mengaku salah dalam keadaan
kita memang benar-benar bersalah
& minta maaf atas kesalahan kita,
memang dituntut oleh Islam.
Lalu buku ini ditulis
agar masyarakat boleh ambik iktibar
& terdidik agar generasi akan datang
tak ulanginya lagi.
Jadi kalau ada orang tanya
-
"Salah ke Arqam ni?"
jawapan saya,
"Anda baca & anda nilai sendiri".
-
Wallahua'lam.

Al-Arqam Dan Pas Sama-Sama Sesat

Dalam keghairahan manusia manusia untuk kembali kepada fitrah asal yakni suci dan tiada dosa, manusia seringkali terlupa atau sengaja lupa dengan mengambil jalan pintas menyucikan diri. 

Sikap suka mengambil jalan singkat ini menyebabkan timbul golongan yang suka menangguk di air keruh demi kepentingan peribadi. Maka timbullah parti atau pertubuhan yang menggunakan nama-nama islam bagi menarik lebih ramai ahli yang boleh diperalatkan.



Dengan mengambil contoh Pas dan Al-Arqam yang kononnya bertindak atas dasar islam, akhirnya mempergunakan ahlinya bagi sesuatu maksud yang terang-terang menyimpang dari ajaran islam. Ketaatan dan ketaksuban kepada ketua atau pemimpin nyata tidak berbelah bagi, sanggup berkorban jiwa dan raga asal pemimpin mereka tidak diapa-apa walaupun mereka tahu apa yang diamalkan oleh pemimpin itu tersasar dari matlamat islam.

Lihat sahaja bagaimana Al-Arqam dibawah pimpinan Ashaari Muhammad atau Abuya yang telah diharamkan pada 1994. Antara sebab-sebab kenapa Al-Arqam diharamkan dan dianggap sesat ialah dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu dengan beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam Shafie dan Imam mazhab serta ulama' terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat tersebut akan diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat pada selepas subuh setiap hari.


Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya adalah arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya secara jaga. Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan mereka sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah. Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan Rasulullah yang dipanggil 'mesej'. Setiap 'mesej' itu akan menjadi asas kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam konteks politik. 

Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, iaitu mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum (terpelihara daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan maksiat atau kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. 

Sekiranya melakukan kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku  kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.

Jika itulah pegangannya, apa beza dengan Pas. Walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan rasmi seperti Abuya, tapi tindak tanduk dan kenyataan tidak rasminya mempunyai ciri-ciri yang menjurus ke makam seorang nabi. 

Banyak kempen-kempen politik Pas yang menjadikan islam sebagai pemuas 'nafsu'. Bagi menjayakan cita-cita politik mereka, Pas berani menjanjikan syurga kepada para pengikutnya. Pas juga dianggap sebagai tempat penyucian dosa bagi mereka yang berakal pendek. Justeru ramai dikalangan mereka yang cetek agama, gemar melakukan dosa akan beralih kepada Pas dengan harapan penyucian diri dapat dilakukan. 


Disedari atau tidak taraf Nik Aziz telah melebihi taraf seorang nabi. Kita maklum bagaimana Nabi Nuh dan Nabi Luth misalnya, tidak mampu menyelamatkan isteri dan anak mereka dari api neraka, tetapi Nik Aziz dengan berani dan sewenang-wenang berjanji syurga sesiapa saja yang menyokongnya.

Apabila menganggap parti mereka hebat dan telah terpilih oleh Allah kononnya, timbullah pula para pendokong parti yang mendakwa mampu mendengar arahan terus dari Allah, seperti Nik Abduh, iaitu anak Nik Aziz.

Itulah masalahnya... bila nama Islam digunakan dalam pertubuhan, maka selagi itulah para pemimpin ini seboleh-bolehnya akan mengaitkan diri mereka dengan keperibadian dan kelebihan sebagai seorang nabi. Ini semua sebagai satu cara melahirkan rasa taksub penyokong kepada pemimpin.

Al-Arqam sudah diharamkan walaupun masih bergiat secara senyap melalui nama Rufaqa, Pas bila lagi? Bukankah banyak bukti menunjukkan bahawa Pas ingin menyaingi kehebatan seorang nabi. Pada penulis apa yang pasti kedua-duanya sama-sama sesat dan menyesatkan dan wajib dijauhi.

Yakin Hanya Allah Maha Mengatur & Bekuasa

Bismillah,

Seringkali kita mendengar perkataan seseorang “awas… nanti kualat…” atau di daerah tertentu masyarakat mengenal dengan istilah “pamali.” Ungkapan tersebut seringkali dihubungkan dengan suatu pekerjaan atau karena ada sesuatu yang dikait-kaitkan. Semua hal tersebut menjurus kepada sikap pesimistis dan mereka-reka suatu takdir yang hanya Allah berhak menentukan. Pembaca budiman, berikut untaian nasehat dari Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjaga diri kita dari bahaya dosa terbesar yang paling tercela, kesyirikan.

Yakin Hanya Allah Maha Mengatur & Bekuasa


Seorang muslim wajib meyakini dengan seyakin-yakinnya, tidak ada keraguan sedikitpun; bahwa tidak ada yang Mencipta, Mengatur dan Berkuasa kecuali Allah semata. Oleh sebab inilah, semua yang terjadi di alam semesta ini adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ala semata tiada sekutu baginya.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [التغابن : 11]

Artinya: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” QS. At Taghabun: 11.
Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

بأمر الله، يعني: عن قدره ومشيئته

Artinya: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah,” maksudnya adalah dengan perintah Allah yaitu dengan takdir dan kehendak-Nya.”

Faidah sangat bermanfaat dari Ibnu Katsir rahimahullah, beliau berkata:

{وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ} أي: ومن أصابته مصيبة فعلم أنها بقضاء الله وقدره، فصبر واحتسب واستسلم لقضاء الله، هدى الله قلبه، وعَوَّضه عما فاته من الدنيا هُدى في قلبه، ويقينا صادقًا، وقد يخلف عليه ما كان أخذ منه، أو خيرًا منه.

Artinya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah maka Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Maksudnya adalah Barangsiapa yang tertimpa musibah dan dia mengetahui bahwa itu dengan takdir dan ketetapan Allah, lalu dia bersabar, berharap pahala dan berserah kepada ketetapan Allah, maka; Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya, dan Dia akan menggantikan apa yang telah hilang darinya dari perkara duni, petunjuk di dalam hatinya, keyakinan yang benar, dan terkadang Allah menggantikan apa yang telah diambil darinya (akibat musibah tersebut), atau (bahkan) dengan yang lebih baik.” (Lihat kitab tafsir Ibnu katsir rahimahullah).

Yakin Atas Takdir Allah

Seorang muslim meyakini bahwa semua makhluk sudah ditakdirkan Allah Ta’ala dan takdirnya dituliskan di “Al Lauh Al Mahfuzh.”

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Artinya: “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [QS. Al Hadid: 22].

Hal ini juga sudah ditegaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضى الله عنهما قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ «كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ».

Artinya: “Abdullah bin ‘Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah telah menulis takdir seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi 50 ribu tahun.” HR. Muslim.

قَالَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ رضى الله عنه لاِبْنِهِ يَا بُنَىَّ إِنَّكَ لَنْ تَجِدَ طَعْمَ حَقِيقَةِ الإِيمَانِ حَتَّى تَعْلَمَ أَنَّ مَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ وَمَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَكَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ. قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَىْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ ». يَا بُنَىَّ إِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَنْ مَاتَ عَلَى غَيْرِ هَذَا فَلَيْسَ مِنِّى »

Artinya: “Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu berkata kepada anaknya: “Wahai anakku sayang, sungguh kamu tidak akan pernah mendapatkan rasa hakikat keimanan sampai kamu mengetahui bahwa apa yang sudah ditakdirkan untukmu, maka tidak akan pernah meleset darimu dan apa yang belum ditakdirkan untukmu maka tidak akan pernah kena terhadapmu, aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya yang pertama kali Allah telah ciptakan adalah pena, lalu Allah berfirman: “Tulislah!” pena bertanya: “Wahai Rabbku, apa yang aku tulis,” Allah berfirman: “Tulislah, seluruh takdir segala sesuatu sampai hari kiamat,” Wahai anakku sayang sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang meninggal di atas selain (keyakinan) ini maka dia bukan dariku.” (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al Jami’ no. 2018).

Awas Terjatuh Kepada Kesyirikan!
Saudaraku pembaca…

Keyakinan thiyarah adalah kebiasaan Arab jahiliyyah dan bertentangan dengan agama Islam, karena bisa menghantarkan kepada kesyirikan yaitu meyakini ada yang mengatur, mencipta dan berkuasa selain Allah.Thiyarah adalah merasa bernasib sial karena melihat atau mendengar sesuatu.

Perhatikan asal muasal keyakinan thiyarah yang dilakukan orang Arab jahiliyyah, berkata Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahullah:

وأصل هذا أنهم كانوا يزجرون الطير والوحش ويثيرونها فما تيامن منها وأخذ ذات اليمين سموه سانحا وما تياسر منها سموه بارحا وما استقبلهم منها فهو الناطح وما جاءهم من خلفهم سموه القعيد فمن العرب من يتشاءم بالبارح ويتبرك بالسانح ومنهم من يرى خلاف ذلك

Artinya: “Dan asal hal ini adalah mereka menghalau dan menggerakkan burung dan binatang; kapan dia pergi ke kanan dan menuju arah kanan maka mereka menamakannya “As Sanih” dan kapan pergi ke kiri dan mengambil arah kiri maka mereka menamakannya “Al Barih.” Dan apa yang datang dari depan maka dinamakan “An Natih,” dan apa yang datang dari belakang mereka namakan “Al Qa’id,” maka sebagian orang Arab ada yang pesimis dengan burung “Al Barih” dan mengambil berkah dengan “As Sanih” dan di antara mereka ada yang berpendapat sebaliknya.” (Lihat kitab Miftah Dar As Sa’adah).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah meniadakan keyakinan thiyarah dan semisalnya;
عن أَبَي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ. رواه البخاري و مسلم

Artinya: ” Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada ‘adwa, thiyarah, hammah, Shofar dan menjauhlah dari orang yang kena penyakit kusta (lepra) sebagaimana kamu menjauh dari singa.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).

‘Adwa adalah keyakinan penularan penyakit dengan sendirinya tanpa kehendak dan takdir Allah Ta’ala. Thiyarah berarti merasa bernasib sial karena melihat burung, binatang atau apapun. Hammah yaitu keyakinan jika burung hantu hinggap di atas rumah maka akan ada yang mati. Dan shofar artinya keyakinan bahwa bulan Shofar adalah bulan sial dan tidak menguntungkan.

Banyak yang berkeyakinan bahwa bulan Shafar adalah bulan sial sehingga banyak pernikahan dan acara bepergian serta aktivitas lainnya digagalkan, hal ini berdasarkan sebuah keyakinan bahwa tiap hari Rabu terakhir dari bulan Shafar diturunkan 320.000 bala’.

Bahkan ada yang menyebarkan hadits palsu tentan bulan Shafar, di antaranya;

من بشرني بخروج صفر بشرته بالجنة

Artinya: “Barangsiapa yang bergembira dengan keluarnya bulan Shafar maka aku akan berikan kabar gembira dengan surga.”

Ini hadits dinilai palsu oleh Al ‘Iraqi di dalam “Al Fawaid Al Majmu’ah fil Ahadits Al Maudu’ah,” Ash Shaghani di dalam kitab “Al Maudhu’at dan Muhammad bin Khalil Ath Tharablisi di dalam kitab “Al Lu’lu’ Al Marshu’.”

Maksud dari hadits shahih di atas adalah peniadaan semua keyakinan yang menyatakan bahwa ada pengaruh buruk yang timbul tanpa kehendak dan izin dari Allah ta’ala.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah berkata:

وهذا يحتمل أن يكون نفيا وأن يكون نهيا أى لا تطيروا ولكن قوله في الحديث ولا عدوى ولا صفر ولا هامة يدل على أن المراد النفى وإبطال هذه الأمور التى كانت الجاهلية تعانيها والنفي في هذا أبلغ من النهى لأن النفي يدل على بطلان ذلك وعدم تأثيره والنهى إنما يدل على المنع منه

Artinya: “Dan Hadits ini dimungkinkan bermaksud peniadaan atau bisa bermaksud pelarangan, yaitu janganlah kalian bersikap pesimis, akan tetapi sabda beliau di dalam hadits tidak ada ‘Adwa, shafar, hammah menunjukkan bahwa yang dimaksud adalah peniadaan dan pembatilan setiap perkara ini yang diyakini oleh Arab Jahiliyyah. Dan Peniadaan lebih dalam maknanya daripada pelarangan karena peniadaan menunjukkan akan batilnya hal tersebut dan tidak memberikan pengaruh, adapun larangan hanya menunjukkan kepada larangan untuk berbuat seperti itu.” (Lihat kitab “Miftah Dar As Sa’adah”).

Mengapa Thiyarah dikategorikan sebagai kesyirikan?

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan:

الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ

Artinya: “Thiyarah adalah kesyirikan, thiyarah adalah kesyirikan.” (Hadits riwayat Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di “As Silsilah Ash Shahihah,” no: 429).
Kenapa bisa demikian?

Kenapa meyakini bahwa ada penyakit menular dengan sendirinya tanpa kehendak Allah, termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa jika ada burung hantu atau gagak di atas rumah pertanda buruk, termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa bulan shafar adalah bulan sial dan panas maka tidak dikerjakan segala macam hajat dan rencana, ini termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa jika singgah disebuah tempat harus minta izin kepada jin penguasa di tempat itu agar tidak diganggu, ini termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa jika di pagi hari melihat kucing picak matanya dan pincang kakinya pertanda buruk dan sial, ini termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa suami dilarang memancing ketika istri hamil, termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa menyapu atau memotong kuku malam hari tidak baik, itu termasuk kesyirikan?

Kenapa meyakini bahwa memakai baju hijau di pantai selatan mendatangkan kesialan dan keburukan, ini termasuk keyirikan?

Kenapa meyakini beberapa mitos pamali, kualat, merasa bernasib sial dengan melihat sesuatu atau mendengar sesuatu, ini termasuk kesyirikan?

Jawaban semua pertanyaan di atas adalah karena Allah-lah satu-satu-Nya Yang Mengatur, Mencipta, Berkuasa. Semua yang terjadi tidak ada yang keluar dari kehendak-Nya dan ciptaan-Nya. Maka jika ada keyakinan bahwa ada yang mengatur, mencipta dan berkuasa selain Allah, disinilah letak kesyirikannya. Yaitu dengan MENYAMAKAN SELAIN ALLAH DENGAN ALLAH TA’ALA DI DALAM PERKARA YANG KHUSUS MILIK ALLAH TA’ALA, dalam hal ini pengaturan, penciptaan dan kekuasaan.

Allah ta’ala berfirman:

{قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ (31) فَذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ (32) كَذَلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ عَلَى الَّذِينَ فَسَقُوا أَنَّهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (33)} [يونس: 31 - 33]

Artinya: “Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)? Maka (Dzat yang demikian) itulah Allah Rabb kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? Demikianlah telah tetap hukuman Rabbmu terhadap orang-orang yang fasik, karena sesungguhnya mereka tidak beriman. Katakanlah: Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang dapat memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali? katakanlah: Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan (kepada menyembah yang selain Allah)?” (QS. Yunus 31-33).

{إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ} [الأعراف: 54]

Artinya: “Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Rabb semesta alam.” (QS. Al A’raf: 54).

{أَمَّنْ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ} [النمل: 64]

Artinya: “Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)?. Katakanlah: Unjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar.” (QS. An Naml: 64).

{اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (62) لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ (63)} [الزمر: 62، 63]

Artinya: “Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu. Kepunyaan-Nya lah kunci-kunci langit dan bumi, dan orang-orang yang kafir dengan tanda-tanda kekuasaan Allah mereka adalah orang-orang yang merugi.” (QS. Az Zumar: 62-63).

{فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (11) لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (12)} [الشورى: 11، 12]

Artinya: “(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Asyuura: 11-12).

Obat Nabawi untuk perasaan bernasib sial, pesimis, kualat, pamali dan semisalnya

Saudaraku pembaca…

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sudah menyatakan bahwa tidak ada di antara kita melainkan terhinggap perasaan pesimis karena sesuatu atau merasa bernasib sial karena mendengar atau melihat sesuatu, beliau bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ» ثَلاَثًا «وَمَا مِنَّا إِلاَّ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ»

Artinya: “Abdullah bin Masud radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ath Thiyarah adalah kesyirikan, Ath Thiyarah adalah kesyirikan,” beliau ucapkan itu tiga kali, kemudian beliau bersabda: “Dan tidak ada di antara kita melainkan (akan timbul perasaan itu), akan tetapi Allah menghilangkannya dengan bertawakkal (bersandar kepada-Nya).” (HR. Abu Daud).
Karena inilah, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberikan solusi untuk penyakit keyakinan yang keliru ini, maka jika ada perasaan seperti ini, kita harus;

Pertama, melawan perasaan tersebut dengan melaksanakan apa yang sudah direncanakan lalu bersandar diri kepada Allah Ta’ala.

Perhatikan beberapa hadits berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «وَمَا مِنَّا إِلاَّ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ»

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dan tidak ada diantara kita melainkan (akan timbul perasaan itu), akan tetapi Allah menghilangkannya dengan bertawakkal (bersandar kepada-Nya).” (HR. Abu Daud).

Di dalam hadits ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahwa perasaan bernasib sial akan hilang dengan bersandar diri kepada Allah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ»

Artinya: “Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma berkata: ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dipalingkan dari keperluannya oleh perasaan bernasib sial maka sungguh dia telah berbuat syirik.” (HR Ahmad dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah, no. 1065).

Di dalam hadits ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahwa yang tidak jadi melakukan aktivitasnya gara-gara merasa kualat, pesimis, pamali maka sungguh dia telah berbuat syirik. Dan pemahaman kebalikan dari ini adalah barangsiapa yang melaksanakan aktivitasnya meskipun ada perasaan itu maka bukanlah dia termasuk syirik.

Kedua, menumbuhkan perasaan optimis dan perasangka baik di dalam diri, di antaranya dengan mengucapkan perkataan yang baik-baik jauh dari pesimisme.

عن أَبَي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقُولُ «لاَ طِيَرَةَ ، وَخَيْرُهَا الْفَأْلُ» قَالُوا وَمَا الْفَأْلُ قَالَ « الْكَلِمَةُ الصَّالِحَةُ يَسْمَعُهَا أَحَدُكُمْ»

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada thiyarah, dan sebaik-baiknya perasaan itu adalah Al fa’lu,” para shahabat bertanya: “Apakah itu al fa’lu?” Beliau bersabda: “Perkataan yang baik yang didengarkan oleh salah seorang dari kalian.” (HR. Bukhari).

عَنْ أَنَسٍ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ ، وَيُعْجِبُنِى الْفَأْلُ الصَّالِحُ ، الْكَلِمَةُ الْحَسَنَةُ»

Artinya: “Anas Bin Malik radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada ‘Adwa, thiyarah dan aku kagum dengan Al Fa’lu Ash Shalih, yaitu perkataan baik.” (HR. Bukhari).

عنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَأُحِبُّ الْفَأْلَ الصَّالِحَ»

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada ‘Adwa, thiyarah dan aku menyukai dengan Al Fa’lu Ash Shalih.” (HR. Muslim).

Ketiga, berdoa seperti yang diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ» قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ قَالَ «أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ اللَّهُمَّ لاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ وَلاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ»

Artinya: “Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dipalingkan dari keperluannya oleh perasaan bernasib sial maka sungguh dia telah berbuat syirik.” Para shahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apa penebus perasaan itu,” beliau menjawab: “Salah seorang dari kalian mengucapakan: “Allahumma laa khaira illa khairuka wa laa thaira illa thairuka wa laa ilaaha ghairuka” (Wahai Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan-Mu, tidak ada kesialan kecuali kesialan yang engkau takdirkan dan tidak ada sembahan selain-Mu).” (HR Ahmad dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam “Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah,” no. 1065).

Semoga bermanfaat saudaraku pembaca…

*) Ditulis oleh Ahmad Zainuddin, Rabu, 17 Shafar 1433H Dammam KSA
Sumber : http://www.dakwahsunnah.com/2012/01/adakah-kualat-pamali-atau-pesimis.html