Wednesday, 6 August 2014

Usah pening nilai syi'ah...!!

Syi’ah di kalangan mayoritas kaum muslimin adalah eksistensi yang tidak jelas, tidak diketahui apa hakikatnya, bagaimana berkembang, tidak melihat bagaimana sejarahnya, dan tidak dapat diprediksi bagaimana di kemudian hari.



Berangkat dari hal-hal tersebut, akhirnya orang islam yang awam meyakini Syi’ah tak lain hanyalah salah satu mazhab Islam, seperti mazhab Syafi’i, Maliki dan sejenisnya. Tapi sesungguhnya ada perbedaan antara Syiah dan Islam. Bisa dikatakan, Islam dengan Syiah serupa tapi tak sama.
Secara fisik, sulit sekali membedakan antara penganut Islam dengan Syiah, namun jika diteliti lebih jauh dan lebih mendalam lagi terutama dari segi aqidah perbedaan di antara Islam dan Syiah sangatlah besar. Ibaratnya, Islam dan Syiah seperti minyak dan air, hingga tak mungkin bisa disatukan.

Asal-usul Syi’ah
Syi’ah secara etimologi bahasa berarti pengikut, sekte dan golongan seseorang.Adapun menurut terminologi syariat bermakna: Mereka yang berkedok dengan slogan kecintaan kepada Ali bin Abi Thalib beserta anak cucunya bahwasanya Ali bin Abi Thalib lebih utama dari seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm). Sedang dalam istilah syara’, Syi’ah adalah suatu aliran yang timbul sejak masa pemerintahan Utsman bin Affan yang dipimpin oleh Abdullah bin Saba’ Al- Himyari.

Abdullah bin Saba’ asalnya seorang Yahudi dari Shan’a (ibu kota Yaman), ibunya seorang wanita kulit hitam. Ia masuk Islam pada masa kekhalifahan Ustman. Orang ini menaruh dendam terhadap Islam karena berhasil melenyapkan kekuasaan dan mengusir bangsa Yahudi dari Tanah Arab. Ia hidup berpindah-pindah tempat dari Hijaz, kemudian ke Bashrah, lalu ke Kufah, lalu ke Syam. Disetiap tempat yang ia kunjungi ia selalu berusaha menyesatkan manusia dari jalan yang benar.

Namun karena tidak mendapat tanggapan dari kaum muslimin disana, Ia pun pergi ke Mesir. Disana beliau banyak mendapatkan pengikut dan mengajarkan ajaran “inkarnasi” beliau mengatakan kepada masyarakat;"Saya sungguh heran dengan orang yang mengatakan bahwa kelak Isa akan kembali lagi, sedang mereka tidak percaya akan kembalinya Ali dikemudian hari…. Ali lah yang lebih patut untuk kembali ke dunia ini dari pada Isa…”.

Pengikut-pengikut Abdullah bin Saba’ mengatakan bahwa inkarnasi-nya Ali adalah bagian dari ketuhanan Ali. Mereka percaya bahwa Ali tidak mati karena mengandung unsur ketuhanan. Ali lah yang membawa awan, petir adalah suara Ali, dan kilat adalah alamatnya.

Di antara fitnah-fitnah dan slogan keji yang telah ditabur oleh Abdullah bin Saba’ ialah:

1. Mengklaim bahwa Ali bin Abi Thalib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah.

2. Menuduh Ali bin Abi Thalib sebagai pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki.

3. Melakukan kedustaan atas nama Ali bin Abi Thalib, bahwa beliau tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali.

4. Menuduh Abu Bakar, Umar bin Khattab dan Utsman bin Affan radiallahu ‘anhum sebagai orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Dan semua umat yang membaiat khalifah ketika itu adalah kafir.

5. Para roh suci atau roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syiah.


Abdullah bin Saba’ mengenalkan ajarannya secara terang-terangan dan menggalang massa untuk memproklamasikan bahwa kepemimpinan (imamah) sesudah Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasalam seharusnya jatuh ke tangan Ali bin Abi Thalib karena suatu nash (teks) Nabi Shalallahu alaihi wasalam. Menurut Abdullah bin Saba’, Khalifah AbuBakar, Umar dan Utsman telah mengambil alih kedudukan tersebut. Dalam Majmu’ Fatawa 4/435, Abdullah bin Saba' menampakkan sikap ekstrim di dalam memuja Ali, dengan suatu slogan bahwa Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang ma’shum (terjaga dari segala dosa).

Keyakinan itu berkembang terus-menerus dari waktu ke waktu, sampai kepada menuhankan Ali bin Abi Thalib. Berhubung hal itu suatu kebohongan, maka diambil suatu tindakan oleh Ali bin Abi Thalib, yaitu mereka dibakar, lalu sebagian dari mereka melarikan diri ke Madain.

Pada periode abad pertama Hijriah, aliran Syi’ah belum menjelma menjadi aliran yang solid. Barulah pada abad kedua Hijriah, perkembangan Syi'ah sangat pesat bahkan mulai menjadi mainstream tersendiri. Pada waktu-waktu berikutnya, Syi'ah bahkan menjadi semacam keyakinan yang menjadi trend di kalangan generasi muda Islam: mengklaim menjadi tokoh pembaharu Islam, namun banyak dari pemikiran dan prinsip dasar keyakinan ini yang tidak sejalan dengan Islam itu sendiri. 

Sunday, 3 August 2014

Jagalah Kata-kata & Setiap Gurauan!


Bila berhadapan dengan perkara yang kita rasa sangat tidak selesa berhadapan dengannya. Apa perlu buat?

Take it easy...Cool. Allah Maha Mengetahui. Bila kita rasa geram, sedih, marah...ingatlah semua perasaan itu tidak akan pergi ke mana sebaliknya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Something wrong somewhere. Mula-mula mungkin kita tak dapat nak kawal perasaan itu sebab ianya hadir tanpa kita sedar. Itu adalah fitrah manusia. Kita ada perasaan yang kita sendiri tidak dapat sembunyikan daripada seseorang. Betul.


Contoh, seorang ibu gembira hingga mengalirkan air mata melahirkan seorang anak. Seorang ayah  memarahi anaknya kerana degil. Seorang sahabat mengalirkan air mata kerana terguris dengan kata-kata sahabatnya sendiri. Sekumpulan rakyat berdemo kerana rasa geram dengan tindakan pihak kerajaan yang tidak telus dalam menjalankan amanah. Seorang perempuan meluahkan rasa kerana sensitivitinya tercalar. Seorang lelaki marah kerana dirinya rasa tercabar.

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Salah faham mungkin juga telah berlaku di situ. Itu pentingnya membersihkan hati daripada segala perkara yang boleh mengganggu fikiran. Segera tekan butang pause!

Saudaraku, jagalah kata-katamu..

Kata-kata itu lebih tajam daripada mata pisau.

Terutama bila berhadapan dengan ibu dan ayahmu. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut kita perlu jaga agar hati keduanya tidak terguris. Hati ibu dan ayah siapa yang tidak hancur bila anak mereka yang selama ini dikandung, dijaga, dipelihara serta ditatang bagai minyak yang penuh itu mengeluarkan kata-kata tidak sopan, mengherdik dan menghina diri mereka. Mungkin kita boleh lihat sendiri dalam drama bagaimana anak yang derhaka terhadap kedua ibu bapa. Dalam dunia realiti kebanyakannya pun telah wujud drama-drama seperti itu. Anak tidak menghormati kedua ibu-bapa dan sebagainya.

Sesungguhnya kata-kata itu boleh menterjemahkan perasaan yang pelbagai. Baik sang pemberi atau sang penerima.

Jagalah kata-katamu wahai sahabat-sahabat fillah. Mungkin kita sendiri tidak sedar bahawa kata-kata yang pernah kita lafazkan dulu boleh mengguriskan hati seseorang. Kita tidak tahu dan kita tidak boleh membuat andaian bahawa kita tidak pernah sekalipun mengguris hati seseorang. Manusia itu tidak sempurna. Ada sahaja silapnya. Bila ada silap, perlu segera minta maaf dan buat pusingan U-Turn kepada Maha Pencipta.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Orang yang tak jaga hati kita, sakitkan hati kita, guriskan hati kita…orang itu bagaimana? Nak biarkan sahaja? Saya akan jawab tanyalah hati. Rasa tak selesa? Luahkan. Kita akan rasa sangat puas bila kita meluahkan sendiri pada Ya Latiff (Yang Maha Melembutkan) agar hati kita lembut memberi maaf dan melepaskannya.

Tanpa mereka tersebut kita tidak akan kenal realiti kehidupan. Let go of it…"Let bygones be bygones.". Biar masa berputar meninggalkan sejarah lama.

Tanpa kata-kata tidak akan jadi apa-apa. Jadi, mengucapkan kata-kata yang baik dan tidak berlebihan dalam bergurau adalah perkara yang paling baik dalam menjaga ukhwah.


Sensitifnya!

Seorang perempuan sangat sensitf. Kecil punya hal boleh menjadi besar. Terutama bila melibatkan hal-hal maruah. Makhluk yang berasal dari Venus ini juga sangat lembut hatinya. Bila ada hal sensitif yang berlaku, hatinya sangat cepat terguris. Tapi itu bukan bermaksud tak boleh kata apa-apa kepada mereka. Biarlah bertempat. Bergurau biar kena pada tempatnya.  

Kita akan sentiasa diuji olehNya. Non-stop. Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita lakukan setiap hari. Baik perbuatan atau perkataan. Perempuan perlu menjaga lidahnya dan telinganya daripada bercakap atau mendengar sesuatu yang tidak elok.

Sensitiviti setiap individu adalah berbeza. Baik lelaki mahupun perempuan. Seorang pasangan mengambil masa berapa lama untuk mengenal pasangannya? 2 tahun tidak cukup, 10 tahun belum cukup kenal. Mungkin belasan atau puluhan tahun barangkali? Itupun belum tentu kita dapat tahu segalanya tentang dia.


Bila Allah melambatkan sesuatu permintaan kita?

Bukan bermakna Dia tidak sayang pada kita. Sesungguhnya Dia sayang kepada setiap hambanya yang beriman dan bertaqwa. Boleh jadi Dia melambatkan permintaan kita sebab mungkin kita tidak cukup bersungguh, kita masih lagi lalai, leka, alpa atau mungkin juga kita tidak bersedia menerima sesuatu tanggungjawab.

Barangkali hubungan kita dengan Dia tidak cukup kuat dan mungkin kita sendiri tak matang lagi dalam menguruskan jadual ibadah kita. Solat taubat jarang-jarang, solat sunat kadang-kadang, solat yang wajib itu kita sendiri buat sambil lewa. Pandangan kita tak jaga, sedekah tak ambil peduli. Syariatullah dan Sunnatullah kita abaikan.

Bila ianya terkena pada diri kita sendiri kita akan rasa kecewa. Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui akan bolak-baliknya hati-hati hambaMu. Permintaan kita yang lambat dimakbulkan mungkin sebagai kafarah dosa yang kita sendiri tidak sedar. Astaghfirullahaladzhim.


Jom jaga hati.

Bila kita jaga hati kita InsyaAllah Allah akan pelihara dan jaga hati kita juga. Jangan pernah rasa lelah menjaga hati sendiri dan hati orang lain kerana hati itu kunci akhlak dan keikhlasan kita. Jaga hati dengan zikrullah, ingat Allah dan segala nikmat yang kita terima hari-hari. Jaga hati mereka yang menjaga hati kita dengan baik. Be strong and stay strong!

Jangan biarkan hati kita gelap daripada memandang dunia dan segala perhiasannya. Kita tidak akan pernah keseorangan. Kita sentiasa dikelilingi oleh keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat dan makhluk-makhluk yang lain. Yang paling penting kita ada Dia.

Berlapang dada

Yup, solusi terbaik bila berhadapan dengan perkara yang buatkan kita rasa sangat tak selesa adalah dengan berlapang dada tapi tak semua perkara yang kita terima kita boleh berlapang dada. Berlapang dada perlu buat dengan ikhlas.

Bersangka baik dengan semua orang. Itu yang terbaekk....!!!!


Friday, 1 August 2014

Jika benar ingin membasmi Syiah

Saya terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.

Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun pada masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah?

Walhal, Allah yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Adakag mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid? Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan.NONETinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.

Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa. 

Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini.

Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.

Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung.

Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai? Di zaman Rasulullah, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan.

Rasulullah seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan. Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam. 

Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu ke laut. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik. 

Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan.

Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat.

ALHAMDULILLAH....

Assalamualaikum..

Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.Apa dia? Toyota Estima Hybrid? Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System?iPhone 3GS berkelajuan 833MHz?Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore? Dua tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu? Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Yuna? Ooo...itu kurang tepat tuan-tuan...Itu juganikmat pemberian Allah namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan ialah nafasyang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Dengan nafas yang dipinjam oleh Allah s.w.t itulah tuan-tuan dapat makan nasi goreng USA sambil menonton TV siaran Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian tidur di tilam empuk berjenama Dreamland.Dengan nafas yang dipinjam Tuhan itulah tuan-tuan dapat pergi kerja,membeli-belah,melancong,beribadat dan berehat.DEngan nafas yang dipinjam Allah itu juga sesetengah makhluk Tuhan pergi ke disko,minum arak,berpegangan tangan bukan muhrim dan berzina.Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga ada orang gunakan ia untuk makan rasuah,menipu rakyat bawahan,pecah amanah dan menggunakan hasil negara untuk mengisi perut sendiri.

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya tuan-tuan...Setiap kali tuan-tuan kelip mata itu juga satu nikmat.Apa akan jadi jika tuan-tuan semua terjegil biji mata 24jam. Seksanya jika tiba-tiba mata kita masuk habuk. Tidak boleh pejam mata. Mahu tidur pun mata terjegil macam burung hantu. Hidung kita pun dicipta Tuhan dalam kedudukan yang penuh nikmat dan rahmat. Apa akan jadi kalau lubang hidung saya dan tuan-tuan ke atas? Aha...jika hujan kelam-kabutlah cari tempat berteduh,kalau tidak lemaslah air masuk hidung kalau tuan-tuan tidak tutup dengan tangan.

Cuba lihat bagaimana hikmahnya Allah cipta diri kita. Kuku kita boleh memanjang. Bulu ketiak kita pun boleh panjang. Tetapi mengapa gigi kita tidak boleh panjang-panjang? Bulu kening kita duduk macam itu saja.Cuba kalau gigi kita memanjang macam kuku kita.Sampai masa,kena potong.Alamat kena cari 'cutter' besilah. Doktor gigi akan kaya raya kerana buat khidmat potong gigi setiap hari. Jika ada yang malas potong gigi,giginya akan panjang macam drakula. Nak makan pun susah.Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang pun akan lari ketakutan lihat gigi kita.

Apa akan jadi kalau bulu kening kita memanjang macam janggut atau bulu ketiak kita? Alamat bertambah tugas kita. Kalau malas potong bulu kening,bulu kening akan panjang sehingga tutup mata. Pereka fesyen dari Paris dan Tokyo akan membuat pelbagai fesyen bulu kening yang pelik-pelik. Remaja-remaja Jepun akan menggayakan trend-trend terbaru bulu kening yang di'punk'kan atau diwarnakan di sana-sini. Lisa Surihani akan mendandan bulu keningnya untuk dimuatkan dalam majalah Mangga. Kan haru namanya itu ya maulana sekalian.






Cuba lihat diri tuan-tuan,betapa sempurna diri tuan-tuan Allah ciptakan.Cukup sifat.Ada orang yang lahir-lahir buta matanya.Ada yang cacat tiada tangan dan kaki.Ada yang lahir-lahir dua kepala satu badan.Ada bayi lahir sebelah buah pinggang mati.Ada yang terpaksa minta derma hati.

Nikmat Allah itu tuan-tuan... kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat,tidak cukup untuk menuliskan semuanya.Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.Subhanallahhh...

Allah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan...tuan-tuan.Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 4,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".


Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya.Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya.Jadi dia buat tatu dan lukis macam-macam gambar pada tubuh badannya.Ada yang tindik muka,tangan,perut dan macam-macam lagi tabiat pelik manusia yang tidak puas hati dengan dirinya yang sebaik-baik ciptaan.Ada yang sambung rambut.Ada yang suntik silikon,suntik botox sampai hampir-hampir jadi mutan macam dalam filem X-Men.Ada yang tukar jantina.Yang lelaki jadi perempuan,yang perempuan jadi lelaki.Yang tidak sepatutnya digincu,digincu.Yang tak sepatutnya dicat,dicat sampai berwarna-warni macam badut sarkas.Padahal,semua itu yang dihias sedemikian rupa bakal menjadi santapan istimewa segala cacing dan ulat di dalam kubur.Jika tidak ulat dan cacing,pasti segala bakteria di bumi Allah ini akan melupuskan daging-daging mereka.Tidak bersisa.Yang perlu di'tatu' dan dicantikkan bukan tubuh badan wahai maulana semua...



Yang perlu diperelokkan,ditacap-tacap dan dicantikkan ialah AKHLAK dan IMAN kita.

Apa doa melihat cermin ya maulana sekalian? Siapa tahu angkat kaki!

Ya..ya.. "Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

Inilah yang perlu ditacap-tacap tuan-tuan. Mitsubishi Evo tuan-tuan tak payah tacap pun tidak mengapa.Ini AKHLAK tuan-tuan yang perlu diperelokkan,bikin baik punya! Bagi Allah sayang pada kita.Bagi Allah redha pada kita.Baru kelass gitu.. 

Iman tuan-tuan kalau tak cantik,lembu dan kambing pun menggelengkan kepala.Kenapa tuan-tuan? Kita makan,kambing pun makan.Kita minum,kambing pun minum.Kita tidur,kambing pun tidur.Tapi bila azan maghrib,kita masih mengunyah lagi,masih selamba dek lagi macam kambing.Kambing pun naik hairan.Apa beza aku dengan manusia?

Sebab itu kita kena tahu bersyukur tuan-tuan...sebab bab bersyukur ini kalau nak huraikan kelebihannya tidak cukup 44 malam tuan-tuan.Bersyukur inilah antara asbab punca rezeki yang amat ampuh tuan-tuan.Bersyukur ini kalau nak tahu adalah kunci kekayaan dan hidup mewah.Kenape? Tak percayeee?


Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Nah...sekarang kita tahu Allah menjamin dalam Al-Quran bahawa dengan bersyukur Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi.Allah akan tambah nikmatnya lagi dengan bersyukur.JIka kita miskin,Allah akan jadikan kita kaya.Kalau kita kaya,Allah bikin kita jadi tambah kaya...tambah kaya...Masya Allah!!



Bagaimana?Bagitahu aku macam mana nak jadi kaya dengan bersyukur??Aku bosan hidup miskin.Aku bosan jadi kuli batak orang lain.Aku sendiri pun tak cukup makan,macam mana nak bagi anak bini aku makan.Takkanlah aku nak bagi anak bini aku makan siput babi macam dalam rancangan Bersama mu TV3 tuh.

Sabar...ya maulana.Nak tahu rahsia mesti sabar.Nak kaya pun kena sabar.Sabar itu juga cara untuk jadi kaya.Kekayaan pun tidak datang sekelip atau 2 kelip mata.Berkelip-kelip mata pun tak dapat ya tuan-tuan.

Kau jangan buat loyar buruk.Beritahu aku cepat!

Bagaimana mahu kaya jika sikap tuan tidak mahu sabar? Lihat Bill Gates yang pendapatannya 300juta sebulan.Adakah dia kaya dengan 2-3 kelip mata? Berapa lama Donald Trump bina empayar hartanahnya? Tak payah pergi jauh tuan,lihat Mustapha Kamal tauke MK Land,berapa lama dia bertatih bina kekayaan?

Baiklah aku mahu sabar sekarang.Cuma tolong beritahu aku macam mana nak kaya dengan hanya bersyukur pada Tuhan.Aku cuma bosan makan megi tiap-tiap hari.Sekarang ini pun megi aku sudah kembang.




Maggi yang kembang juga adalah nikmat Allah ya sheikh ya maulana. JIka tuan tidak tahu bersyukur dengan sekeping megi,bagaimana tuan mahu bersyukur dengan sepinggan nasi kandar Mamak Deluxe berlaukkan ayam madu,papadom,sayur kobis dengan campuran mayonis,kentang putar yang lazat dan air tembikai susu lemak manis? Belajar bersyukur pada perkara yang kecil-kecil dahulu tuan,baru kita layak dapat berkat bersyukur pada perkara-perkara yang besar-besar.Sekeping megi itu tuan,jika kita tahu erti bersyukur padanya,Allah akan catitkan kesyukuran kita itu dan kelak Allah akan balas 10 kali ganda malahan berkali-kali ganda ya tuan.Subhanallah!!

Ya..ya..aku bersyukur dapat makan megi kembang.Jangan cakap lagi,beritahu sahaja bagaimana aku mahu bersyukur supaya dapat keluar dari kemiskinan tegar aku ini.

Tuan sudah pun buat tadi.Maknanya jika kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat Allah,maka kita layak dapat kelebihan berkat rahmat Allah Yang Maha Kaya.Bersyukur ini macammain pinball tuan,tidak kira apa jua kita bersyukur pun,tetap dapat markah.Dapat minum air kosong,alhamdulillah...dapat duduk bawah payung masa hujan,alhamdulillah...dapat duduk dalam tren yang sesak,alhamdulillah...tapi jangan pula bila tengok punggung wanita masa dalam LRT kita ucap alhamdulillah...

Kenapa pula?Bukan itu juga rezeki naman ya?

Itu bukan rezeki ya maulana! Masya Allah apa nak jadi dengan maulana ini! Itu bukan rezeki,itu peluang nak dapat dosa!

Bila terpandang perkara-perkara macam itu,alihkan pandangan atau tutup mata sahaja dan beristighfar.Ini juga cara kita bersyukur dengan kedua biji mata kita.Nanti Allah tambah lagi nikmat...lagi dan lagi dan lagi...

Alhamdulillah aku faham sekarang,jadi ada tak cara lain nak bersyukur ini?

Bersyukur ini banyak cara kita boleh buat tuan-tuan.Bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah...jika kita banyak harta,cara paling baik untuk bersyukur dengan harta kita ialah berzakat. Dah tunaikan zakat,kita boleh bersedekah pula.Tahukah tuan-tuan,dengan bersedekah,harta kita akan bertambah dan bertambah? Masya Allah tuan...ini RAHSIA BESAR tuan...bersedekah dapat menambahkan kekayaan. Dalam ilmu metafizik Barat juga mengakui prinsip ini.Apa dia tuan-tuan?

"Rahsia menerima ialah dengan memberi"
 


Jadi belajarlah memberi,kata pakar motivasi Barat.Lihat majoriti hartawan Barat.Trend mereka ialah selepas berjaya menjadi jutawan,mereka akan buka yayasan.Mereka akan buat tabung derma,kempen derma.Bill Gates,Rockefeller,Donald Trump dan sebagainya bukan sahaja menjadi hartawan yang berjaya,mereka juga adalah penderma yang budiman.Ini berbeza dengan orang kita ya maulana...makin kaya makin telan harta orang lain.Makin kaya bukan semakin jadi budiman...jadi semakin pembelit.Itu sebab bisnes semua lingkup.Semua tak jalan.Bengkrapsi.Tambah pula masing-masing ada Phd,lagi haru dibuatnya ya maulana sekalian.

Kenapa bersedekah tidak menjadikan harta kita berkurang malah semakin bertambah dan bertambah?


Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Lihat tuan-tuan Nabi kata sedekah itu tidak langsung mengurangkan harta kita.Kita mungkin nampak berkurang,TETAPI HAKIKATNYA TIDAK.


Allah yang merupakan PEMILIK PERBENDAHARAAN KEKAYAAN juga menjamin orang yang bersedekah:


Al Baqarah ayat 261 :

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Inilah rahsia hukum metafizik Barat "“to give in order to get” .Kata Joe Vitale,seorang pakar motivasi dan 'spiritual marketing',hukum ini adalah sesuatu yang universal dan bertindak dengan cara yang tidak diketahui dan aneh.Memanglah dengan memberi itu membawa kepada pemberian yang mencurah-curah sebab ALLAH SENDIRI YANG MENCIPTA HUKUM ALAM INI.Orang Barat percaya dan mereka berjaya.Kita kurang percaya,maka kita gagal.

DALAM AGAMA ITU ADA KEJAYAAN.YAKINLAH TUAN-TUAN.YAKINLAH SEPENUH HATI.

Tapi dalam poket aku ada 5 ringgit je.Aku orang miskin.Tak payah lah bersedekah.Aku nak cara lain jadi kaya.





Orang miskinlah kena banyak bersedekah ya maulana.Sebab orang miskin kurang harta.Nak dapat banyak kena beri banyak.Nak jadi kaya kena bagi kekayaan.Itu prinsipnya ya maulana.Buat sahaja.Nanti Allah kasi mudah.Misalnya dalam poket ada 5 ringgit,berilah seringgit pada surau atau masjid.4 ringgit boleh beli nasi lemak dan air bungkus sebagai contoh.Kan mudah.Nak bagi semua pun tidak mengapa.Tapi kena tawakal kuatlah.

Bersyukur juga boleh dilakukan dengan menambahkan amal ibadat tuan-tuan.Jika dahulu malas bersolat,kini rajin-rajinlah pergi ke masjid.Jika dahulu malas nak buka AlQuran,kini usahalah baca 2-3 mukasurat sehari.Lagi tambah amal ibadat,lagi Allah sayang.Lagi Allah sayang...nah minta apa saja ya maulana...nak rumah...nak kereta...nak bini cantik...panjatkan saja doa tuan-tuan...pasti Allah kabulkan.

Surah Al-Baqarah ayat 186:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul".






Nah...tuan-tuan,jika kita sahut seruan Allah,pasti Dia akan beri perhatian-Nya pada kita.Sebab apa tuan-tuan? SEbab dengan menyahut perintah Allah maknanya kita sudah bersyukur dengan NAFAS DAN NYAWA yang Allah kurniakan pada kita.Kita hargai nafas kita yang dok sedut tetiap hari.Nyawa yang Allah bagi ini,bukannya untuk tambah maksiat...tapi untuk tambah mendekatkan diri pada Allah Azza Wa Jalla.

Jadi ya maulana sekalian...apa pelajaran kita hari ini?

Bagaimana nak berterima kasih dengan segala pemberian nikmat yang Tuhan bagi ini?

Bagaimana nak tambah keberkatan dalam hidup kita?

Bagaimana nak keluar dari kemiskinan dan menuju kepada kekayaan?

Bagaimana nak jadi kaya...bertambah kaya?

Bagaimana nak bagi semua doa kita dimakbulkan Tuhan?



















Iaitu dengan BERSYUKUR KEPADA-NYA
















Ya Allah...daku kurang bersyukur kepada MU ya Allah...banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan kepadaku.Tapi daku selalu lupakan Engkau...
Segala puji-pujian hanya untukmu Ya Allah...

ALHAMDULILLAH....

Punca Huru-Hara Di Shell Lundang, Kota Bharu Kelantan [Video]


Video Di Media Sosial Heboh Kota Bharu Kelantan | Semalam beberapa video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu huru hara akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.

Satu video dan gambar telah disebar di media sosial yang mana menunjukkan huru-hara dari akibat salah faham di stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu.

Kes ini terjadi dikatakan bermula dari sekumpulan lelaki memasang mercun di stesen minyak berkenaan dan juga membaling mercun kepada kereta yang ada di stesen minyak tersebut.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemilik stesen minyak terbabit kerana risau mercun tersebut boleh menyebabkan stesen minyak tersebut terbakar.

Oleh kerana marah, pemilik stesen tersebut menyembur kumpulan terbabit dengan penyembur kebakaran. Ini menyebabkan mereka naik berang dan mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai lalu mencetuskan huru-hara dan merosakkan peralatan di stesen minyak berkenaan.

Walau bagaimanapun, ada juga sumber yang mengatakan pihak dari Stesen Shell yang memulakan hura-hara berkenaan dengan menyerang 7e yang berdekatan dengan stesen tersebut.

Berikut adalah video-video yang disebar oleh pengguna laman sosial :

Serangan di 7E oleh Tauke Shell



Bukalah Pintu Hati Kearah Perpaduan



Buka Pintu Hati Kearah Perpaduan
 MARILAH KITA KONGSI BERSAMA
        
TAGS
Kuala Lumpur – Usaha mempertahankan perpaduan antara cabaran besar dihadapi negara pada masa ini. Apatah lagi bagi Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum adan agama. Jika tidak berhati hati semuanya akan musnah didalam sekelip mata, banyak negara telah mengalami pengalaman itu.

Sesunggunya perpaduan adalah asas kepada kunci kepada segala kejayaan yang di capai dan dinikmati oleh Malaysia sejak medeka lagi, saperti titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hubungan harmoni dikalangan rakyat Malaysia adalah pra syarat kepada kehidupan yang rukun damai, Untuk itu ia perlu terus di pelihara, di pupuk dan disuburkan.

Apabila bercakap mengenai perpaduan kita perlu berterima kasih kepada para pemimpin terdahulu yang berjaya meletakkan asas kukuh kearah itu, tolak ansur dikalangan mereka terbukti sahingga Malaysia di iktiraf sebagai negara contoh. Kini menjadi tanggungjawab semua pihak di Malaysia untuk mempertahankannya.

Diharapkan sempena sambutan Aidil Fitri kali ini usaha kearah itu akan lebih menyerlah tambahan pula pelbagai masalah dan rintangan terpaksa dihadapi negara sejak kebelakangan ini, antaranya ancaman dari segi keselamatan khusunya di pantai timur Sabah serta tragedi yang membabitkan pesawat MH370 dan MH17.

Tanpa perpaduan yang kukuh dikalangan rakyat Malaysia tentunya sukar bagi kita untuk menghadapi semua dugaan itu, namun kita bersyukur kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jelas menunjukkan kesatuan yang kukuh terutama dalam tragedi MH370 dan MH17, lebih membanggakan para pemimpin politik yang berbeza fahaman dan idiologi turut bersatu dan senada.

Buktinya perpaduan yang di tunjukkan oleh mereka dalam sidang khas parlimen baru baru ini berhubung tragedi MH17, saperti dikatakan seawal tadi perpaduan adalah asas kepada kejayaan dalam apa juga perkara, begitulah juga dalam isu MH17, dengan adanya perpaduan kukuh dikalangan pemimpin dan rakyat mudah untuk kita memperjuangkan isu itu di peringkat antarabangsa, termasuk mendapatkan pembelaan sewajarnya terhadap mangsa tragedi berkenaan.

Jadi bersama lah kita mengambil kesempatan pada sambutan Aidil Fitri untuk memperkukuh perpaduan, kunjung mengunjung dapat membantu kearah itu, saperti kata Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak kita bukan sahaja perlu membuka pintu rumah kepada tetamu malah membuka pintu hati untuk saling mengenali dan mempereratkan hubungan yang sedia terjalin.