Wednesday, 30 July 2014

Al-Arqam Dan Pas Sama-Sama Sesat

Dalam keghairahan manusia manusia untuk kembali kepada fitrah asal yakni suci dan tiada dosa, manusia seringkali terlupa atau sengaja lupa dengan mengambil jalan pintas menyucikan diri. 

Sikap suka mengambil jalan singkat ini menyebabkan timbul golongan yang suka menangguk di air keruh demi kepentingan peribadi. Maka timbullah parti atau pertubuhan yang menggunakan nama-nama islam bagi menarik lebih ramai ahli yang boleh diperalatkan.



Dengan mengambil contoh Pas dan Al-Arqam yang kononnya bertindak atas dasar islam, akhirnya mempergunakan ahlinya bagi sesuatu maksud yang terang-terang menyimpang dari ajaran islam. Ketaatan dan ketaksuban kepada ketua atau pemimpin nyata tidak berbelah bagi, sanggup berkorban jiwa dan raga asal pemimpin mereka tidak diapa-apa walaupun mereka tahu apa yang diamalkan oleh pemimpin itu tersasar dari matlamat islam.

Lihat sahaja bagaimana Al-Arqam dibawah pimpinan Ashaari Muhammad atau Abuya yang telah diharamkan pada 1994. Antara sebab-sebab kenapa Al-Arqam diharamkan dan dianggap sesat ialah dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu dengan beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam Shafie dan Imam mazhab serta ulama' terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat tersebut akan diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat pada selepas subuh setiap hari.


Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya adalah arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya secara jaga. Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan mereka sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah. Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan Rasulullah yang dipanggil 'mesej'. Setiap 'mesej' itu akan menjadi asas kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam konteks politik. 

Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, iaitu mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum (terpelihara daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan maksiat atau kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. 

Sekiranya melakukan kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku  kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.

Jika itulah pegangannya, apa beza dengan Pas. Walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan rasmi seperti Abuya, tapi tindak tanduk dan kenyataan tidak rasminya mempunyai ciri-ciri yang menjurus ke makam seorang nabi. 

Banyak kempen-kempen politik Pas yang menjadikan islam sebagai pemuas 'nafsu'. Bagi menjayakan cita-cita politik mereka, Pas berani menjanjikan syurga kepada para pengikutnya. Pas juga dianggap sebagai tempat penyucian dosa bagi mereka yang berakal pendek. Justeru ramai dikalangan mereka yang cetek agama, gemar melakukan dosa akan beralih kepada Pas dengan harapan penyucian diri dapat dilakukan. 


Disedari atau tidak taraf Nik Aziz telah melebihi taraf seorang nabi. Kita maklum bagaimana Nabi Nuh dan Nabi Luth misalnya, tidak mampu menyelamatkan isteri dan anak mereka dari api neraka, tetapi Nik Aziz dengan berani dan sewenang-wenang berjanji syurga sesiapa saja yang menyokongnya.

Apabila menganggap parti mereka hebat dan telah terpilih oleh Allah kononnya, timbullah pula para pendokong parti yang mendakwa mampu mendengar arahan terus dari Allah, seperti Nik Abduh, iaitu anak Nik Aziz.

Itulah masalahnya... bila nama Islam digunakan dalam pertubuhan, maka selagi itulah para pemimpin ini seboleh-bolehnya akan mengaitkan diri mereka dengan keperibadian dan kelebihan sebagai seorang nabi. Ini semua sebagai satu cara melahirkan rasa taksub penyokong kepada pemimpin.

Al-Arqam sudah diharamkan walaupun masih bergiat secara senyap melalui nama Rufaqa, Pas bila lagi? Bukankah banyak bukti menunjukkan bahawa Pas ingin menyaingi kehebatan seorang nabi. Pada penulis apa yang pasti kedua-duanya sama-sama sesat dan menyesatkan dan wajib dijauhi.

No comments:

Post a Comment