Saturday, 8 November 2014

Gerakan dajjal bab 1

Bismillahir Rahmanir Raheem....
Modus Operandi
Melalui pemerhatian semenjak itu, saya mendapati jika pihak-pihak yang menyertai jemaah gerakan dajjal ini, jika mereka tidak memulakan isu, mereka akan mengambil kesempatan di atas kes-kes yang sedang muncul di dalam negara. Melalui NGO-NGO yang dinamakan dengan nama Islam dan dianggotai oleh orang-orang yang bernama Islam mereka akan memulakan ‘sepak mula’ agenda tersebut. 

Sebaik  ‘sepak mula’ dilakukan, maka jentera-jentera mereka akan mula memainkan peranan. Mereka akan memulakan dengan kemunculan surat-surat menyokong perjuangan mereka di dalam akhbar-akhbar  yang bersekongkol dengan menggunakan penulis-penulis dengan nama-nama Islam bagi menunjukkan bahawa ‘majoriti  muslim dengan pemikiran terbuka dan moden’ berada dipihak mereka. Kemudian suara pengarang akhbar-akhbar yang mungkin bersekongkol dengan gerakan tersebut akan menggunakan ruangan pengarang di dalam akhbar kendalian mereka untuk membawa isu ini kepada peringkat satu lagi. Di dalam masa yang sama sebelum dan selepas dari itu, seorang dua wartawan mereka akan mula memainkan isu ini di dalam beberapa konteks yang secara umumnya berkisar kepada masyarakat yang seharusnya berfikiran terbuka moden serta menghormati hak asasi golongan tersebut.


Perjuangan Gerakan Ini Perlu Dilihat Sah Dari Segi Undang-Undang
Sebaik permainan peringkat pertama ini dimainkan, mereka menunggu reaksi yang telah mereka idam-idamkan. Mereka mahu muslim memberikan reaksi dalam bentuk hujah agama supaya agama Islam dapat diburukkan sebagai sebuah agama yang jumud dan tertutup serta ‘anti-hak asasi manusia’, menyekat penganut-penganutnya dari menjadi bebas seperti haiwan dan sebagainya. Pendek kata, mereka telah bersedia untuk merejam bola tanggung yang ditunggu-tunggu memakan umpan. Pemerhatian yang dilakukan inilah yang membuatkan saya mula faham dengan apa yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. di dalam hadis sebagaimana yang dipetik berikut:

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a., dari Rasulullah s.a.w., bahawasanya beliau melarang membawa mashaf al Qur’an ke daerah musuh, kerana beliau khuatir kalau nanti diambil musuh (lalu dirosakkan mereka keagungan dan kesuciannya). (Hadis Riwayat Muslim, 1831).

Kemudian, di dalam peringkat yang seterusnya akan muncullah kenyataan dari sekumpulan peguam atau marjlisnya sendiri akan memberi reaksi dengan mengeluarkan hujah-hujah perundangan yang menyokong tindakan mereka serta mendiamkan artikel-artikel perundangan yang tidak memihak kepada mereka. Mereka tanpa malu dan segan membuat hingar mengenai hak-hak perundangan yang dipesongkan maksudnya bagi tujuan mendukung gerakan mereka dan mereka akan mendiamkan segala bentuk undang-undang yang meletakkan mereka sebagai kumpulan yang berada dipihak yang salah. Jadi, fungsi dan peranan jemaah dari majelis ini adalah untuk memberikan legitimasi bersifat maya kepada persepsi masyarakat bahawa apa yang cuba diperjuangkan mereka ini sah dari segi perundangan negara. Mereka tahu bahawa majoriti orang-orang yang bernama Islam itu pemalas dan hanya gemar disuap dengan maklumat tanpa mereka mahu mengambil tahu dan peduli tentang fakta serta apa sahaja hujah yang dibawakan kehadapan mereka. Mereka bijak bermain permainan persepsi kerana mereka tahu bahawa umat Islam telah lama berjaya diprogramkan untuk memproses maklumat tertentu bersandarkan input-input yang telah mereka tahu membawa tafsiran-tafsiran tertentu di dalam minda umat Islam terutamanya yang berbangsa Melayu.


Halal
Peringkat seterusnya merupakan peringkat di mana NGO-NGO serta badan-badan yang selama ini telah dipromosikan sebagai pelindung dan penjaga hak asasi manusia serta kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara yang telah diwujudkan di negara ini akan mula bersuara menegur dan memberikan pendapat. Badan-badan ini kemudiannya akan bersuara bagi memberi legitimasi kepada agenda yang sedang dimainkan gerakan ini. 

Jika JAKIM merupakan badan yang bertanggungjawab memberikan pengiktirafan halal kepada industri penyediaan makanan di Malaysia ini, maka badan-badan serta NGO-NGO yang sejak dari awal kewujudannya dipromosikan sebagai pelindung serta penjaga hak asasi manusia bagi rakyat Malaysia ini, akan mula bersuara dan memberi kenyataan yang berupa pengiktirafan betapa halalnya agenda gerakan tersebut dan betapa mulianya tujuan perjuangan mereka. Sebaik, badan-badan hak asasi ini diarahkan untuk bersuara, maka kini gerakan dajjal ini sudah mula mendapat mangkin atau catalyst bagi membawa isu ini ke peringkat-peringkat yang seterusnya. Intipati kepada apa yang mereka perjuangkan ini kini mendapat COP HALAL melalui penglibatan suara badan-badan serta NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 diwujudkan artikel-artikel di dalamnya bagi tujuan memastikan zionis dapat mewujudkan sebuah negara haram Israel. Di bawah Liga Bangsa sebelum negara haram Israel diwujudkan, keperluan perlindungan imigran yahudi perlu diperkemaskan serta dihormati diperingkat antarabangsa. Hasilnya ialah Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 diwujudkan. Itu tidak pernah bermaksud untuk mempertahankan hak asasi manusia lain kecuali yahudi yang mahu masuk ke Palestin dan menetap secara haram di sana.

Bagi yang memerhati, mereka tahu bahawa badan-badan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia ini hanyalah sebagai agensi pemberi COP HALAL kepada segala perancangan yang akan dilaksanakan satu persatu sehingga sebuah pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya pihak yang bakal dijadikan proksi kepada gerakan dajjal. COP HALAL ini penting bagi menarik minat muslim-muslim berfikiran liberal dan tidak mempunyai asas agama yang kuat. Ia juga bagi tujuan menarik minat, respons serta sokongan dari pihak-pihak bukan Islam untuk turut menyokong usaha yang dilakukan mereka ini. 

Melalui pemerhatian, kita mengetahui bahawa badan-badan ini juga sama sikapnya dengan sebuah badan peguam. Mereka mengetengahkan artikel-artikel hak asasi yang dapat memberikan sokongan kepada apa yang mereka perjuangkan tetapi mendiamkan artikel hak asasi yang tidak menyebelahi mereka. Saya pernah bertukar dialog dengan seorang timbalan pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris apabila timbul isu persembahan Beyonce. Di dalam dialog tersebut saya menegaskan bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, walaupun direka untuk memberikan hak kepada imigran Yahudi untuk membentuk negara haram Zionis, ia kini diimani oleh sejumlah besar pertubuhan boneka hak asasi manusia diserata dunia sebagai sebuah kitab utama yang akan dinyanyikan seperti sebuah chorus line. Jika mereka mahu berhujah bersandarkan deklarasi yang dianggap sebagai Kadesh Hakodeshim a kedua selepas tabut yang menempatkan Taurat, kita juga tiada masalah untuk berhujah bersandarkan apa yang diimani mereka. Tetapi janganlah mereka mengambil sikap berpegang dengan satu artikel yang menyokong mereka tetapi menyembunyikan artikel deklarasi Hak asasi manusia yang tidak menyebelahi mereka.

Penghalalan gerakan seumpama ini tidak terhad kepada sokongan yang ditunjukkan oleh NGO-NGO serta badan-badan yang sudah sedia di tanam di laman demokrasi negara ini. Modus Operandi gerakan ini juga bijak serta rakus menunggang apa jua sentimen, perkara serta kawasan yang sentiasa ditafsirkan sebagai kudus pada pemikiran rakyat yang majoritinya orang-orang Islam.

Bagi memberikan legitimasi betapa halalnya gerakan ini, maka mereka akan dengan segera bertenggek bagaikan dedalu menumpangi dahan-dahan subur untuk mendapatkan manfaat persepsi kudus dan suci. Satu kebiasaan yang sudah diperlihatkan beberapa kali apabila lokasi tanah suci Mekah, Madinah, Masjidil Aqsa, perjuangan pembebasan Palestin, imej-imej ulama’ besar dan sebagainya dipergunakan serta disalahgunakan bagi tujuan mewar-warkan setiap apa yang diperjuangkan mereka itu halal dan berakar dari sisi perjuangan Islam yang tulin. 

Tanpa segan dan rasa malu kepada Allah yang Maha Melihat, mereka menggunakan segala bentuk perkara sepertimana yang disebutkan sebelum ini bagi tujuan menonjolkan diri mereka serta perjuangan mereka amat suci lagi halal untuk diikuti oleh orang-orang Islam yang lain.

 Ini kerana gerakan bejat  yang mahu digerakkan itu memerlukan kekuatan bilangan yang menyokongnya. Sangat jelas, mereka memerlukan sokongan orang-orang Islam yang telah lama diprogramkan minda mereka supaya sentiasa berfikir secara minimum supaya gerakan massa yang diterjuni golongan ini akan membentuk satu pukulan seumpama ombak gadang yang diinginkan.


Orang-Orang Islam
Agenda perjuangan mereka tidak lengkap selagi mereka tidak mendapat sokongan dari umat Islam itu sendiri. Bagi tujuan ini, gerakan dajjal ini telah melakukan satu usaha yang panjang bermula dari zaman pertengahan bagi membentuk satu bentuk sistem pemikiran yang tertanam kukuh di dalam minda orang-orang Islam. Ia dilakukan supaya orang-orang Islam berfikir di dalam satu bentuk gaya fikir yang seragam. Gaya fikir yang membuat kesimpulan sama dan diimani dengan kukuh bersandarkan input-input yang dilihat, didengari serta dirasakan indera yang lima. 

Kerana itulah saya dengan sengaja meletakkan watak seorang pemuda berpakaian ranggi dan tidak berbentuk ulama’ berpenampilan tipikal bagi tujuan memprogram semula minda bawah sedar khalayak sasaran yang membaca tulisan di dalam bentuk novel dengan tajuk Syahadah Gadis Ateis. Segalanya dilakukan dengan perancangan dan bukan suka-suka. Segalanya dilakukan dengan tujuan memprogramkan semula minda pembaca-pembaca penulisan tersebut. Ulama’ harus berpakaian sebagaimana Rasulullah berpakaian ketika berdakwah serta menyampaikan risalah kepada umatnya. Berpakaian seperti Rasulullah untuk tujuan berdakwah bukanlah dengan maksud mengenakan serban serta jubah, tetapi memakai pakaian yang tiada beza yang jauh dari subjek yang menjadi sasaran dakwah mereka selagi pakaian mereka mematuhi syariat dan tidak melanggar ketetapan dan batas-batas yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

Kebanyakan usaha dakwah kita tersasar serta tidak membuahkan hasil kerana sunnah berdakwah yang ditekankan Allah melalui kisah-kisah para nabi dan rasul di dalam al Qur’an tidak kita amalkan dengan penuh yakin dan dilakukan dengan penuh istiqamah. Rasulullah tidak mempunyai jubah kenabian. Rasulullah juga tidak mempunyai pakaian khas yang membezakan diri baginda dengan umat yang cuba didekati baginda. Pakaian Rasulullah s.a.w. tidak membezakan diri baginda secara ketara dengan subjek yang hendak didekatinya. 

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkat : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesuatu yang semakin merisaukan berlaku kini. Apabila muslimah kita yang berniat baik mahu menutup aurat, mula tertipu dengan tawaran fesyen yang mendekatkan diri mereka dengan cara bagaimana rahib-rahib wanita Nasrani mengenakan tudung mereka dan gaya-gaya fesyen yang diceduk dari budaya bukan Islam yang berasal dar Afrika. Lebih parah apabila orang-orang agama sendiri tertipu dengan rasa ekslusiviti pemakaian jubah yang semakin hari semakin mendekatkan diri dengan gaya paderi-paderi nasrani.Persoalannya, kenapa golongan yang mendakwa diri mereka pewaris nabi mahu membezakan diri mereka dengan khalayak yang harus didekati dan didakwahi? Percayalah, kita sedang menuju ke lubang biawak. Dari perlakuan serta sikap kita terhadap arahan serta perintah Allah di dalam al Qur’an sehinggalah kepada cara bagaimanan kita berpakaian. Menilai situasi ini, dapatlah disimpulkan destinasi kita kini cuma satu, ke lubang biawak. Kita sedang melangkah dengan deras meniru segala perbuatan kaum yang dimurkai sepertimana yang disebut di dalam surah al Fatihah. Kita mengikut jejak mereka me‛rabbi’kan ulama’ dan mula berpegang kepada ‛talmud’ tulisan-tulisan tangan sang manusia dan mengkesampingkan ayat-ayat sebenar Allah di dalam al Qur’an serta sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Lihat sahaja disekeliling kita. Perhatikan bagaimana mereka-mereka yang mengaku diri mereka sebagi pewaris nabi kini gemar menjadikan diri mereka terlalu ekslusif dan mula membezakan diri mereka dari masyarakat yang harus didekati mereka. Pakaian mereka kini semakin mencontohi pakaian yang dipakai para rabbi dan paderi. Apa masalah mereka ini? 

Apakah yang terlintas di dalam mata fikir mereka sehinggakan tergamak mereka melakukan pembezaan serta menjadikan diri mereka termasuk di dalam sebuah kelompok ekslusif. Ia seolah mencadangkan kepada getus hati khalayak ramai bahawa khalayak yang ramai itu asing dan terasing dari jalan menuju syurga yang sedang ditempuh mereka? Benar mereka melakukannya kerana niat mengikut sunnah. Tetapi kenapa hanya menumpukan kepada sunnah yang zahir tetapi tidak kepada pengisian yang cuba disampaikan Rasulullah s.a.w.? Para sahabat mendekati Rasulullah pada ketika mereka masih belum lagi Islam kerana mereka percaya kepada perwatakan baik Rasulullah serta kemuliaan sifat yang jelas diketahui ada pada diri baginda. Baginda tidak menukar cara berpakaian baginda untuk membezakan diri baginda sebagai nabi dan rasul, tetapi dengan pakaian yang sama dengan apa yang dipakai oleh khalayak yang kemudiannya menjadi para sahabat baginda. Yang baginda s.a.w. sedaya upaya sedaya upaya sarankan ialah umat Islam harus berbeza dalam cara berpakaian supaya perbezaan di antara orang-orang Islam dengan golongan ahli kitab dan orang-orang musyrik dapat dibezakan. 

Cukup dengan berpakaian menepati syariat.Pakaian baginda sama dengan apa yang dipakai oleh umat baginda ketika itu. Itu antara sebab baginda sangat mudah didekati kerana para sahabat yang mulia dapat merasakan dengan dekat satu perasaan sense of belongings. Percayalah, jika kita tidak mahu mengikuti sunnah sebagaimana ianya ditunjukkan oleh Allah s.w.t. melalui kisah para anbiya’ di dalam al Qur’an serta sunnah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w., kita akan menggigit jari kerana pihak lain menggunakan sunnah-sunnah tersebut dengan sebaiknya bagi memastikan agenda penguasaan dunia mereka dapat dicapai. Tak percaya? Mereka telah melakukannya kerana mereka memahami apa yang disampaikan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sedangkan pada masa yang sama mereka tidak beriman kepada keduanya. Untuk mendapatkan sokongan orang-orang Islam, ada beberapa kaedah yang telah digunakan sejak dahulu.

Orang Beriman
Yang pertama, memberhalakan manusia-manusia yang telah dirancangkan gerakan mereka sejak dari awal. Ia sebuah modus operandiyang berusia ribuan tahun lamanya. Modus operandinya begini, seorang figura atau lebih akan dibentuk dari awal kemunculannya untuk dipuja-puja. Pada awalnya figura ini akan sentiasa disabitkan dengan kehebatan ilmu pengetahuannya, sifat waraknya, kezuhudan sisi kehidupannya dan segala sabitan sifat yang suci. Dari masa ke semasa, pengaruhnya akan menjadi meluas dengan cakap-cakap mulut yang disampaikan. Dia tidak langsung menghalang pemujaan yang dilakukan malah terasa nikmat apabila dipuja-puja sedemikian rupa kerana tertipu dengan tipu daya syaitan.

Dari rasa hormat dikalangan pengikutnya pada mulanya, perasaan hormat itu kemudiannya bertukar kepada perbuatan memuja di dalam ketaksuban. Figura ini akan mula mengumpulkan pengikut dan membina kekuatan. Kemudian apabila pengaruhnya mula meluas, dia akan dibiarkan, tetapi di dalam masa yang sama agen-agen gerakan dajjal akan memerhatikan perkembangannya dengan rapat.  Mereka menunggu isyarat. Mereka menunggu lampu hijau supaya langkah seterusnya dapat dijalankan. 
Mereka sedang menunggu saat dan ketika apabila figura ini akan berkelakuan seperti ahli kitab sepertimana mereka berkelakuan di zaman sebelum kedatangan Isa al Masih dan semasa Muhammad s.a.w. diutuskan. Mereka memahami bahawa di akhir zaman nanti, figura yang menyamai sifat dan perlakuan ahli kitablah yang akan digunakan sebagai tunggangan mereka menuju puncak kuasa. Ia telah diberikan amaran oleh Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun yang lalu.

Salah satu sifat ahli kitab yang termasyhur ialah perbuatan mereka yang kerap mengubah serta menyembunyikan ayat-ayat Allah serta hukum Allah pada setiap kali ayat serta hukum Allah itu tidak memberikan keuntungan kepada apa yang sedang mereka usahakan. Malah mereka juga sanggup mengubah dan tidak menjalankan hukum-hukum Allah apabila salah seorang dari mereka didapati serta dituduh melakukan kesalahan. Hadis riwayat Muslim berikut membolehkan kita sedikit sebanyak mengenali sikap ahli-ahli kitab terdahulu yang mana sikap itu akan muncul kembali dikalangan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ahli agama.

 Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis demikian pula Imam Muslim dan selain mereka berdua ada juga dari jalur Barra bin Azib. Ia berkata, "Pada suatu hari lewat di hadapan Nabi s.a.w. seorang Yahudi yang dalam keadaan dicontengi dengan arang dan didera. Kemudian Nabi s.a.w. memanggil mereka, dan bersabda kepada mereka, 'Apakah memang demikian kamu jumpai dalam kitabmu mengenai hukuman pelaku zina?' Mereka menjawab, 'Ya.' Lalu beliau memanggil orang yang paling ‘alim (ulama) di antara mereka dan bersabda kepadanya, 'Aku mohon atas nama Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa a.s. apakah memang demikian kamu jumpai dalam kitabmu mengenai hukuman bagi pelaku zina?' Orang alim itu menjawab, 'Demi Allah! Sebenarnya tidak demikian, seandainya engkau tidak menganjurkan kepada diriku supaya mengemukakan yang sebenarnya niscaya aku tidak akan menceritakannya kepadamu. Sebenarnya engkau dapat menemukan hukuman rajam bagi pelaku zina di dalam kitab kami. Akan tetapi setelah banyak para pelaku zina dari kalangan orang-orang kami yang terhormat, hukuman itu kami batalkan, apabila ada seseorang yang lemah dari kalangan kami melakukannya, maka kami tegakkan hukuman had itu atasnya. Setelah itu kami sepakat untuk membuat suatu hukum yang dapat ditegakkan terhadap orang yang mulia dan hina. Akhirnya kami sepakat untuk menetapkan hukuman pencorengan dengan arang dan dera bagi pelaku zina.' Setelah itu Nabi saw. bersabda, 'Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah orang pertama yang kembali menghidupkan perintah-Mu setelah mereka (kaum Ahli Kitab) matikan.' Kemudian beliau memerintahkannya agar dihukum rejam. Setelah itu lalu turunlah ayat, 'Hai Rasul! Janganlah engkau dibuat sedih oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya...' (Q.S. Al-Maidah 41) sampai dengan firman-Nya, 'Jika kamu diberi ini (yang sudah diubah-ubah oleh mereka), maka terimalah...' (Q.S. Al-Maidah 41). Mereka mengatakan, 'Datanglah kamu sekalian kepada Muhammad, jika ia memberi fatwa kepadamu dengan hukuman pencorengan dengan arang dan hukuman dera (bagi pelaku zina), maka turutilah kehendaknya olehmu. Dan jika memberi fatwa kepadamu agar kamu menegakkan hukuman rajam, maka hati-hatilah kamu.' Ayat di atas berkaitan dengan ayat-ayat sesudahnya sampai dengan firman-Nya, 'Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim.'" (Q.S. Al-Maidah 45). 1

Gerakan dajjal akan memerhatikan tindak-tanduk figura yang sedang mereka cuba bentukkan tanpa dirinya sedar. Apabila tercetusnya masalah dikalangan mereka-mereka yang dekat padanya, dan sikap yang diambil olehnya masih tetap mahu berkeras untuk berhukum mengikut landasan serta dasar tindakan yang berakar kepada al Qur’an serta jalan yang ditunjukkan oleh nabi, maka perkara tersebut akan ditafsirkan oleh gerakan dajjal sebagai suatu halangan kepada mereka untuk menggunakan diri figura tersebut sebagai tunggangan bagi menjalankan langkah seterusnya.

Walaubagaimanapun, apabila si figura tersebut memilih untuk bersikap sepertimana ahli kitab di dalam hadis di atas, iaitu dengan memutarbelit ayat-ayat Allah demi untuk menyelamatkan orang-orangnya yang berdosa, gerakan dajjal akan segera memberi perhatian kepada apa yang sedang dilakukannya. Tetapi untuk menggunakan figura tersebut sebagai tunggangan, mereka perlu melihat bagaimana pula pengikutnya mengambil pendirian. 

Pemerhatian rapat dibuat untuk menilai sikap penyokong-penyokongnya. Jika penyokong-penyokongnya mengambil sikap untuk merujuk setiap arahan serta fatwa yang dikeluarkan oleh figura itu dan membandingkannya semula kepada jalan sebenar sepertimana yang ditetapkan Allah di dalam al Qur’an serta sunnah rasul-Nya dan kemudiannya menolak perbuatan figura itu, maka gerakan dajjal akan mentafsirkan perkara tersebut sebagai satu kegagalan. Bagi menunggang orang yang didakwa serta sedaya upaya dipotretkan sebagai alim, warak serta zuhud itu, mereka perlu menunggu sehingga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dianggap sebagai ultimatum wahyu oleh para pengikutnya.

Hanya apabila setiap pengikut figura yang sentiasa dipotretkan secara kosmetiknya warak, mengikut arahannya bagaikan menerima arahan dari Tuhan, barulah lampu hijau yang dinanti-nantikan gerakan dajjal itu ditafsirkan sebagai menyala. Ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Apabila setiap arahan, fatwa serta perbuatan figura tersebut yang bertentangan dengan arahan Allah di dalam al Qur’an dan sunnah dapat diterima bulat-bulat tanpa sebarang bantahan, malah mereka sanggup bergolok gadai dan mati demi ‘wahyu’ yang baru disampaikan oleh ‘wali’  ini, maka itulah ketikanya figura tersebut diangkat sebagai tuhan tanpa pengikut-pengikutnya menyedarinya.

Kini gerakan dajjal sudah mempunyai tuhan dalam bentuk manusia yang boleh memberikan segala bentuk arahan, boleh menghalalkan segala yang haram dan mengharamkan segala yang halal ke atas sejumlah besar para pengikutnya. Dia akan digunakan secara maksimum sehingga ke akhir hayatnya bagi tujuan mempengaruhi sebahagian besar orang-orang Islam yang tidak pernah berminat menggunakan akal fikiran kurniaan Allah kepada mereka. Tidak setakat gerakan dajjal mempunyai tuhan yang boleh ditunggang mereka, malah gerakan itu juga mempunyai umat yang meyembah tuhan tersebut tanpa berbelah bahagi. Umat yang tidak lagi menggunakan al Qur’an serta sunnah sebagai rujukan, tetapi kata-kata serta fatwa dari figura ini menjadi ultimatum panduan untuk diikuti.

Mereka menjadikan orang- orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan juga mempertuhankan Nabi Isa, putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. (At-Taubah, 31)

Hadis riwayat at Thabrani daripada ‘Adi bin Hatim berikut menjelaskan latarbelakang ayat 31 surah at Taubah seperti yang dipetik di atas.


“Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(Ayat 31 surah at Taubah hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasul membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'” (HR ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).

Jika kita telitikan ayat-ayat al Qur’an, sejarah penyembahan berhala yang pertama sekali muncul dimukabumi ini adalah bermula semasa zaman Nabi Nuh a.s.

Ia bermula dengan rasa kagum, takjub serta kasih ke atas orang-orang yang beriman yang pernah hidup sebelum zaman itu. Selepas kematian orang-orang beriman tersebut, syaitan membisikkan kepada mereka supaya didirikan patung-patung yang menyerupai orang-orang beriman yang mereka rindui. Pada awal pembinaan patung tersebut, ianya hanya didirikan sebagai tugu bagi tujuan peringatan. Selepas persalinan generasi, syaitan datang membisikkan kepada mereka supaya mula menyembah patung-patung tersebut. Bermula dengan perasaan takjub dan kasih yang tidak disempadani dengan panduan, perasaan itu berubah menjadi taksub lantas mencampakkan rasa kasih yang pada awalnya suci kepada perbuatan menyekutukan Allah. Lantas dihancurkan Allah umat tersebut dengan banjir besar dan kisah tersebut disebut hampir oleh semua kitab yang dianggap suci dan tradisi lisan di dunia. Ia dirakamkan kembali di dalam al Qur’an supaya manusia mahu mengambil pengajaran, tetapi malangnya kebanyakan manusia tidak mahu mengambil peduli.

Figura yang kini telah dilayan oleh para pengikutnya seperti tuhan kini akan dipergunakan sepenuhnya. Setiap perancangan gerakan dajjal selepas dari itu, akan menggunakan segala fatwa yang dikeluarkannya bagi mendapatkan tentera-tentera di dalam rupabentuk muslim yang boleh dikerah ke mana sahaja dan berbuat apa sahaja bagi menjayakan perancangan mereka.

Gerakan dajjal di dalam waktu yang sama, akan mempersiapkan figura-figura baru bagi tujuan menggantikan ‘tuhan manusia’  yang sedang digunakan mereka. Kader-kader baru akan dibentuk dan dipromosikan. Mereka akan dibentuk dan dibudayakan supaya mempunyai satu sistem gaya fikir yang seragam. Pada awalnya mereka akan sedaya upaya dipromosikan sebagai insan-insan yang non-partisan. Ia supaya setiap pandangan bagi setiap isu yang diambil daripadanya akan sentiasa ditagih oleh manusia-manusia muslim di dalam kumpulan yang lebih luas. Metamorfosisnya pada peringkat awal kemunculannya, dia akan digula-gulakan oleh nikmat mendapat perhatian yang meluas oleh media. 

Seluruh jentera media yang digenggam di dalam tangan kanan dan kiri gerakan dajjal akan diarahkan untuk  menagih fatwa serta pandangan daripadanya. Lalu dilimpahkan kemewahan pada dirinya sehinggakan perutnya mula membuncit. Buncit kenyang dengan makanan, pengikut serta kuasa bicara yang semakin hari ditafsirkan sebagai fatwa. Ia satu indikasi perit bagi mereka-mereka yang memerhatikan gerakan dajjal dengan dekat. Bagaimana mungkin seorang yang mendakwa dirinya pakar al Qur’an atau hadis atau keduanya sekali dapat membiarkan fizikal tubuh mereka berubah menjadi buncit? Ia satu petanda. Petanda yang hanya mahu difahami oleh segelintir manusia tetapi tidak semua. 

Setelah dia mula merasai nikmat kenyang, dia akan segera dibawa jauh dari bastion yang menjadi kubu terakhir yang melindungi dirinya daripada terjerumus ke dalam fasa-fasa akhir metamorphosisnya. Dia akan dibawa ke suatu daerah di mana self esteem dan jati dirinya akan berada pada kedudukan defensif. Akan ditempatkan disekelilingnya figura-figura yang hebat dan melangit tinggi pencapaian dunia mereka yang mana credentials mereka tidak tergapai dengan galah kebolehannya yang sejengkal. Dia akan dipaksa merasa hidup bersendirian ditengah-tengah mereka-mereka ini. Perlahan-lahan, dia akan mula membentuk pemikiran yang kritis terhadap dirinya, bangsanya serta sistem tamadun yang ditinggalkannya sebelum ini. Tanpa dia sedar, dia mula dirasuk perasaan inferiority complex. Lalu seorang sahabat akan dihantar kepadanya untuk membolehkannya menyandarkan harapan serta mendengar pandangan-pandangannya. Tanpa dia tahu, sahabat inilah jambatan yang dihulurkan gerakan dajjal kepadanya supaya rasa percaya itu mula terbentuk.  

“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid” (Hadis riwayat Ahmad)
Dia kemudiannya akan dihantar pulang serta kembali kepada masyarakatnya setelah mereka yakin dan pasti bahawa suatu hari kelak, apabila tiba waktunya, dia akan dapat menggantikan figura tuhan manusia yang semakin berusia dan bakal dijemput pulang.

Menumpang Nafsu Amarah Golongan Agama
Gerakan dajjal tidak hanya menumpukan perhatian kepada pembentukan figura-figura agama yang kemudiannya dilayan seperti tuhan oleh penganut taksub  mereka. Malah mereka akan meneropong sebanyak mungkin ahli agama yang ada dan mencari titik-titik kelemahan mereka supaya pada ketika mereka tersalah pijak, gerakan ini akan segera mengambil kesempatan.

Kebiasaannya mereka akan menunggangi golongan ini apabila golongan ini dilihat berkonflik dengan apa jua sistem yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara-negara Islam yang mahu mereka kuasai. Mereka pandai mengambil kesempatan. Mereka tahu sesetengah manusia itu tidak dapat memadamkan api kemarahan dengan begitu sahaja. Mereka tahu bahawa apabila kemarahan itu tidak dipadamkan, apinya berubah menjadi dendam dan dendam itu menuntut pembalasan yang sewajarnya.

Lalu mereka menyediakan premis serta peluang supaya rasa marah itu diredakan dan dalam masa yang sama, mereka dapat menumpangkan agenda bejat mereka supaya akhirnya agenda pembinaan masyarakat bobrok bagi tujuan persediaan umat yang dengan mudah menerima kedatangan dajjal yang akan tiba tidak lama lagi dapat diwujudkan. 

Malang sekali, mungkin ahli agama tersebut tidak sedar akan langkahnya yang termasuk di dalam perangkap mereka, tetapi dengan sedikit kesilapan, dia telah membenarkan batang tubuh dirinya dihinggapi dedalu yang berniat tidak elok. Perhatikan kes berikut sebagai salah satu dari banyak contoh yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku sehingga datang saatnya Isa a.s. dikirimkan kembali ke dunia.

Petikan-petikan akhbar yang dimuatkan berikut bukan bertujuan bagi membincangkan topik yang menjadi persoalan kepada intipati isikandungannya. Ia cuma bagi menunjukkan bagaimana agen-agen gerakan ini menggunakan golongan agama tanpa sedar mereka bagi tujuan mencapai motif terkehadapan (ulterior motive) mereka. Ia juga bagi menunjukkan contoh kepada pengunjung blog ini,  sebagai rangkuman kepada apa yang telah disebut di dalam penulisan ini. Penulisan ini tidak dibuat secara suka-suka tetapi ia mengambilkira pemahaman kepada pemerhatian yang dibuat sejak sekian lama terhadap modus operandi kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti sebagai agen kepada gerakan dajjal di bumi bertuah ini.







Membaca petikan akhbar tersebut, berdasarkan pengalaman memerhatikan gerakan ini, saya dapat mengagak bahawa berita malang tersebut akan disambut dengan reaksi oleh pihak orang-orang Islam yang mahu ianya diubati dan saya turut mengagak bahawa setiap cadangan atau remedi yang cuba dikemukakan oleh pihak yang risau dengan masalah ini, akan disambut dengan cadangan balas oleh agen gerakan ini yang akan membalut agenda mereka dengan remedi rekaan mereka yang kelihatan seolah bersimpati tetapi pada hakikatnya mempunyai motif terkehadapan yang lebih membinasakan.

Lalu perhatian dipusatkan dengan agakan bahawa agen-agen ini akan memulakan gerak mereka kurang sebulan dari tarikh berita tersebut dan reaksi terhadap berita tersebut. Apa yang telah diagakkan kemudiannya menjadi kenyataan apabila pada 24 Nov 2011, kumpulan splinter dalam Islam, menulis pandangan mereka bagi tujuan menyokong cadangan Majlis Fatwa sebuah negeri di pantai timur  yang bercadang membenarkan bayi bagi pasangan baru berkahwin yang melahirkan anak kurang dari 6 bulan tempoh perkahwinan, dibinkan kepada pasangan lelaki tersebut. Sekali lagi ditegaskan, bukanlah intipati serta isikandungan yang dimuatkan yang mahu diperbincangkan, tetapi penulisan ini bertujuan bagi menunjukkan bagaimana mereka menggunakan isu-isu yang terbit dan bagaimana pihak agen-agen ini memanipulasi setiap kesempatan yang ada bagi tujuan memberikan impak positif kepada agenda terkehadapan mereka. 





Sepertimana yang disebut di dalam penulisan ini, maka apabila salah satu dari NGO atau orang perseorangan lantikan agen-agen ini telah berbunyi, bunyi tersebut kemudiannya disahut oleh agen-agen mereka yang lain di dalam akhbar-akhbar tempatan untuk digendangkan supaya ianya membangkitkan satu bentuk sentimen negatif terhadap pihak berkuasa Islam, sistem perundangan Islam dan sebagainya. Perhatikan petikan artikel berikut yang diterbitkan sebulan kemudian.


Mereka memalukan gong-gong perang sambil menunggu peluang keemasan untuk menggunakan orang-orang Islam supaya bergeser dengan orang-orang Islam itu sendiri. Dalam kes ini, mereka menunggu sebaik-baiknya jika mereka dapat menggunakan orang-orang agama untuk berselisih dengan orang-orang agama bagi mewujudkan pergeseran terbuka. Pernantian mereka tidak lama apabila pada 24 Disember 2011, sebuah kes malang berlaku ke atas seorang tokoh agama. Ia berkenaan permasalahan yang dihadapinya dengan sebuah agensi kerajaan berkenaan masalah pembaharuan mykad ahli keluarganya.


Agen-agen gerakan ini memandang perkara ini sebagai peluang keemasan. Lalu satu bentuk forum secara terbuka bakal diadakan bagi menjemput tokoh yang tidak bersalah ini untuk membentangkan pendapat mengenai peraturan Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak membenarkan anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan tempoh perkahwinan untuk dibinkan kepada pasangan lelaki di dalam perkahwinan tersebut.

Pada bulan Februari 2012, setelah membuat perancangan, maka berlangsunglah forum yang secara zahirnya kelihatan mahu membincangkan masalah masyarakat tetapi sisi batinnya berisi modus operandi biasa gerakan ini yang mahu melaga-lagakan golongan agama supaya pergeseran antara orang-orang Islam sentiasa dikipaskan panas. Lalu perkara ini berlanjutan hampir seminggu lamanya dengan pihak yang digelar ‘kaum tua’ berbalas kenyataan dengan ‘kaum muda’ agama secara terbuka. Kedua-duanya tidak bersalah. Ini kerana mereka telah dipergunakan oleh gerakan bejat ini bagi merosakkan persaudaraan sesama Islam. Mohon saya dan tuan-tuan ambil pengajaran.

                   
                                                          

Selepas ini, InsyaAllah saya akan cuba berkongsi dengan tuan-tuan bagaimana pula untuk mendepani gerakan yang kerap menggunakan media di bawah penguasaan gerakan dajjal bagi tujuan memburuk-burukkan agama suci ini serta umatnya di bumi Malaysia ini. Perhatikan contoh petikan akhbar di bawah yang diterbitkan salah sebuah akhbar di Malaysia dengan sewenang-wenangnya menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang perlu dipertanggungjawabkan terhadap konflik Palestine dan Israel. 



InsyaAllah, jika panjang umur kita jumpa lagi Wassalam.



Australia dan Eropah mengugut untuk membakar al Qur’an

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Isu beberapa orang paderi Kristian di Amerika, Australia dan Eropah mengugut untuk membakar al Qur’an dan kemudiannya benar-benar membakar kitab suci tersebut merupakan isu yang agak menarik untuk diberikan perhatian. Oleh kerana blog ini ‘berhibernasi’ semasa perkara tersebut berlaku, perkara ini dicatatkan supaya disentuh apabila saya kembali menulis nanti.


Perlakuan mereka ini tidak memberikan hatta sekelumit pun impak negatif kepada imej Islam. Tetapi perlakuan mereka ini merupakan antara perlakuan yang memakan diri sendiri. Shoot oneself in the foot kata pepatah Inggeris. Menconteng arang ke muka sendiri kata Karam Singh Walia.

 

Saya percaya secara purata, saya membaca dan memberi perhatian kepada pengkajian Bible melebihi apa yang dilakukan oleh penganut biasa agama itu sendiri. Saya juga percaya, saya memiliki sejumlah Bible yang sentiasa saya baca dan kaji melebihi jumlah Bible yang tersimpan di dalam mana-mana rumah penganut biasa agama itu. 

 

Tetapi untuk melakukan penghinaan terhadap kitab yang dianggap suci oleh penganut Yahudi dan Kristian itu, ia merupakan sesuatu yang tidak langsung tergamak saya melakukannya. Bagaimana mungkin saya dapat melakukannya sekiranya agama Islam yang indah yang mahu dipeluk dengan kemas dan erat oleh saya ini tidak membenarkannya dilakukan. Bagaimana mungkin saya mahu melakukan tindakan yang serupa jika sebahagian dari rukun iman yang membentuk sahsiah kedudukan iman seorang mukmin itu menetapkan bahawa tidak lengkap iman seorang muslim selagi dia tidak memperakui Taurat, Zabur dan Injil merupakan kitab-kitab yang pernah diwahyukan Allah sebelum al Qur’an? 


Taurat, Zabur & Injil

Benar Taurat, Zabur dan Injil telah tercemar dengan perlakuan ahli kitab yang mengubah, menyembunyikan serta mengadakan yang tiada di dalam kitab-kitab tersebut kini. Tetapi ia bukanlah satu alasan untuk mengatakan kitab-kitab tersebut salah dan tidak benar keseluruhannya lalu boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.

 

Masih terdapat ayat-ayat Allah yang masih terpelihara di dalam jumlah yang cukup untuk tujuan-tujuan tertentu di dalam kitab-kitab tersebut. Ada yang masih belum tercemar dan dipelihara Allah atas tujuan-tujuan tertentu. Ia dapat dikenalpasti dengan mudah dengan muslim yang beriman kemas dengan al Qur’an. Tetapi ia kabur dari penglihatan orang-orang biasa. Jadi untuk melakukan sesuatu yang dianggap sebagai sacrilegious act sebagaimana yang dilakukan oleh paderi-paderi Kristian tersebut ke atas kitab al Qur’an, mana mungkin seorang muslim yang faham dan beriman kepada agamanya tergamak melakukannya kepada kitab mereka untuk bertindak balas.

 

Provokasi vs Retaliasi?

Islam melarang penganutnya melakukan provokasi atau membalas provokasi tidak bertamadun dengan cara yang tidak bertamadun. Islam, sebuah agama yang menjadi catalyst yang pernah dan sedang menganjak dunia untuk berubah dari zaman manusia berfikiran kolot kepada kemajuan dan ketamadunan berasaskan akidah dan pencapaian sains, perlakuan tidak bertamadun paderi-paderi Kristian tersebut tidak dapat diterima mana-mana manusia dengan akal dan daya intelektual waras.


Muslim Juga Membakar al Qur'an?

Benar, muslim juga membakar al Qur’an. Tetapi al Qur’an yang dibakar itu merupakan al Qur’an yang sudah lusuh dan rosak. Manakala tujuan pembakarannya dengan tertib-tertib tertentu ialah bagi tujuan menjaga kesuciannya dari tercemar dengan cara pelupusan yang tidak betul. Berbeza dengan perbuatan Father Terry Jones dan sekutu-sekutunya. Tujuan mereka membakar al Qur’an ialah bagi tujuan penghinaan.

 

Beriman Dengan Kitab-Kitab Sebelumnya..

Al Qur’an yang dipegang, dibakar dan dihinakan mereka itu, pada bukaan muka suratnya yang pertama di dalam kitab itu menyatakan dengan jelas bahawa antara ciri manusia-manusia yang bertakwa kepada Allah ialah muslim yang beriman kepada al Qur’an dan kitab-kitab yang diwahyukan sebelumnya. Ayat ke empat surah al Baqarah ini sendiri menunjukkan bagaimana rasa hormat harus diberikan kepada kitab-kitab lain.


Al Baqarah ayat 2 hingga 4
2. Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
 3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
 4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).


Tidak semua penganut Kristian bersikap buruk dan tidak rasional seperti paderi-paderi seperti di dalam video di atas. Ramai yang berhati mulia dan bersikap sederhana di dalam aturan kehidupan mereka. Malah kebanyakan bible yang dimiliki saya merupakan bible-bible yang di dapati melalui hubungan saya dengan beberapa individu Kristian yang saya kenali. Cuma malang bagi mereka apabila tindakan paderi-paderi Kristian seperti Jones itu, menconteng arang kepada pihak mereka. Ia seolah-olah menunjukkan paderi-paderi tersebut yang seharusnya dekat dengan agama mereka, mempromosikan agama mereka sebagai sebuah agama yang tiada toleransi dan rasa hormat kepada manusia dan pegangan agama lain selain daripada mereka. Lihat sahaja dengan kes yang berlaku di Malaysia ini. Sebagai contoh kes tersebaru berkenaan dengan serbuan JAIS ke atas sebuah gereja yang dikatakan cuba memurtadkan orang-orang Islam. Perbuatan mereka-mereka ini sebenarnya memberikan satu tanda tanya kepada ramai pihak di luar sana, apakah Kristian ini sebuah agama yang menggalakkan penganutnya untuk melanggar undang-undang? Sedangkan sudah termaktub jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor bahawa terdapat peraturan dan undang-undang yang dibuat untuk menyekat apa-apa aktiviti pengembangan iktikad agama selain Islam kepada orang Islam. Jelas, perbuatan kumpulan Kristian ini seolah-olah menunjukkan mereka tidak tahu menghormati undang-undang walau di mana jua mereka berada. Ini termasuklah perbuatan membakar al Qur'an dari paderi-paderi Kristian di Amerika, Eropah dan Australia.

 

Jadi, oleh kerana Islam mengajar kita semua untuk menghormati kitab-kitab suci agama lain, maka bible-bible yang berada di dalam simpanan saya dirumah akan tetap kekal diletakkan ditempat yang elok, bersih dan tersusun. Itu adalah perbezaan antara sikap kita dan mereka yang ekstrem. Di bawah ini merupakan sebahagian dari kitab-kitab Bible dan penulisan berkenaan Kristian dalam pelbagai mazhab yang saya simpan dengan elok dan penuh hormat di dalam perpustakaan kecil rumah saya. Biarlah mereka menembak kaki sendiri, yang untung kita juga nanti. InsyaAllah...









Antara Dedah dan Purdah Eksploitasi Wanita Dalam Politik

Pengiklan kereta, walaupun tahu wanita seksi tiada kena mengena dengan spesifikasi keretanya, tetap meletakkan imej wanita tersebut sebagai daya penarik iklan. Mereka faham sisi bagaimana otak manusia berfikir. Bila manusia mula teransang nafsu dicetus liuk lentuk model-model peragawati kereta ini, justifikasi mereka tentang perkara teknikal akan merosot. Tetapi rosotan itu tidak lama.

Sebaik mereka serius untuk mempertimbangkan jenis kereta yang mahu dibeli, mereka akan serius mempertimbangkan spesifikasi dan melupakan siapa dan apa bentuk tubuh wanita peragawati tersebut.

Itulah dia pengiklan kereta. Menggunakan wanita terdedah supaya orang ramai mendekati produk mereka dalam pameran. Habis pameran, maka tinggallah kereta itu dengan spesifikasi demi spesifikasinya.

                                     

Cara yang sama digunakan oleh think tank sebuah parti politik. Untuk menjemput manusia muslim mendekati partinya, mereka kini menggunakan wanita berpurdah. Mereka mahu mencorakkan parti tersebut dengan persepsi awal bahawa mereka adalah mesra Islam.
Tetapi, pada hakikat sebenarnya, polisi serta spesifikasi parti tersebut tidak langsung mencerminkan parti tersebut sebagai parti mesra Islam.
Inilah kegilaan dunia.
Salesman kereta menggunakan wanita terdedah untuk mempromosikan kereta mereka.
Salesman parti politik menggunakan wanita berpurdah untuk mempromosikan wajah baru jiwa lama parti politik mereka.

Dalam kedua-dua kes, wanita tetap menjadi mangsanya. Dari yang terdedah kepada yang berpurdah, selagi sesuatu itu dilakukan bukan kerana Allah dan mengikut syariat, maka mereka terdedah kepada segala bentuk eksploitasi.

Jelas parti ini parti yang mengeksploitasi wanita sama seperti pengiklan-pengiklan kereta tersebut.
 
Dan kita tahu mereka melakukannya untuk tujuan jangka panjang. Dengan undang-undang tubuh negeri yang mengkehendaki hanya umat Islam dibenarkan menjadi Menteri Besar, dan kerjasama politik mereka dengan rakan sekutu Parti bernama Islam semakin goyah, mahu tidak mahu, mereka perlu mengeksploitasi semua ruang yang ada untuk masa depan cita-cita pemerintahan mereka. Mereka tahu matlamat dan mereka jalankan perancangan untuk mencapai matlamat.

Politikus Islam pula masih mabuk slogan, seminar, program, mengumpul kekayaan dan sebagainya. 

Jadi masa depan umat Islam pada hari ini, kini berada di tangan umat Islam sendiri untuk menentukan hala tuju masa depan mereka.

Eksploitasi ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang mereka. Mereka punya senjata dari kalangan orang Islam berpegangan Syiah untuk menjadi suara dan rupa Islam untuk parti mereka. 

Maka haruslah segera, undang-undang tubuh negeri dalam semua negeri di dalam Malaysia menetapkan hanya lelaki, rakyat Malaysia, beragama Islam dan berpegang kepada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah boleh dilantik sebagai Menteri Besar dan Exco Utama.

Hanya melalui peruntukan ini, tindakan pre emptif kepada usaha merekrut umat Islam ke dalam parti tertentu untuk agenda kuasa masa depan mereka dapat dipatahkan sejak awal.

Tetapi, apakah pemimpin-pemimpin yang sedang memimpin negeri-negeri Islam mahu mengambil peduli?

Dunia sudah gila!

Lewat ini, siapa sahaja mahu menyekutukan dirinya dengan purdahdan tudung. Ada artis wanita super seksi menjadi usahawan tudung. 


Menjual perkara yang tidak dipakai dan dipraktikkannya langsung. Ada Yang Berhormat makan bubur khinzir diwaktu pagi dan memakai kain tudung memeluk jemaah muslimah dalam surau-surau sekitar Selangor .

Dunia hari ini memang semakin pelik. Ada manusia masuk dalam mesin basuh. Ada pula lembu naik kereta. Wujud pula Pak Lebai meliwat di dalam masjid.



ada golongan mengaku diri pewaris nabi, sanggup menutup ayat-ayat Quran yang melarang untuk mereka berwala' dengan golongan kafir harbi semata-mata mahukan keuntungan politik.

Tiada apa yang pelik apabila media propaganda Tokong Demokrasi Amerika memaparkan kisah sekumpulan wanita, entah siapa, yang berpurdah dan menyertai ISIS untuk "jihad seks". Satu terma dan perkara rekaan yang digunakan agen propaganda Amerika untuk memburukkan jihad, wanita berpurdah dan Islam itu sendiri.

Menghadapi zaman manusia masuk dalam mesin basuh, lembu naik kereta, Pak Lebai meliwat dalam masjid, paderi-paderi katolik meliwat ribuan kanak-kanak di gereja, wanita berpurdah menjalankan jihad seks bersama ISIS, apakah kita terkejut dengan penyertaan seorang wanita yang dipakaikan purdah lalu diperkenalkan kepada media dengan nama "Melati" menyertai DAP atas sebab perjuangan kemanusiaan? 

Inilah lawak kurang cerdik akhir zaman oleh mereka yang beranggapan bahawa umat Islam amat mudah untuk diperbodohkan. Bagi yang mahu percaya, silakanlah.

Saya hanya mahu habiskan kopi pekat secawan petang-petang ini sambil tersenyum melihat gambar wanita berpurdah ISIS dan DAP ini.

Cuma saya tinggalkan dengan satu kemusykilan yang ditinggalkan kenyataan wanita tersebut. Lihat pula peliknya cara merujuk kepada Allah yang digunakan wanita ini.

"Kemanusiaan adalah tunjang utama. Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang di gagaskan oleh islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. Dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting."

Kenapa digunakan hamba Tuhan dan tidak hamba Allah? Kenapa begitu canggung untuk menyebut dan merujuk dirinya sebagai hamba Allah di dalam statement yang dikeluarkan. 

Teringat saya dengan sebuah Restoran India Hindu berdekatan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Menggunakan jalan menghalalkan restoran melalui pintu belakang, restoran ini meletakkan terjemahan kalimah Basmallah di dalam tulisan jawi dengan harapan umat Islam yang tidak mahir akan terkeliru apabila melihat dengan sekali imbas tulisan jawi dengan menyangka pemiliknya ialah orang Islam.

Terjemahan kalimah Basmallah yang asal ialah, "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang." Itu terjemahan asal. Tetapi papantanda restoran ini menulis kalimah tersebut dengan terjemahan, "Dengan nama Tuhan Yang Amat Penyayang Lagi Maha Pengasih."



Tidak sukar untuk memahami tindakan tersebut. Ini kerana pemiliknya bukan Islam ketika itu. Tetapi mereka perlukan cop halal segera bagi mengelabui mata umat Islam supaya berkunjung ke restoran tersebut.

Maka, apabila kenyataan wanita berpurdah ahli DAP ini yang begitu canggung mahu menyebut dirinya sebagai hamba Allah mengingatkan saya tentang kes restoran ini satu ketika dulu.

Tetapi, sebagaimana yang telah saya katakan tadi, ini zamannya manusia masuk ke dalam mesin basuh, lembu menaiki kereta dan pak lebai yang kelihatan warak meliwat di dalam masjid dan paderi-paderi katolik meliwat ribuan kanak-kanak di dalam gereja di seluruh dunia termasuk Malaysia. Jadi, apalah nak dihairankan dengan "wanita berpurdah" berjihad seks di ISIS dan "wanita berpurdah" memasuki parti kafir DAP?